
Berkongsi penampilan pertama selepas tamat pantang, Hanis Zalikha menerima pujian dari netizen.
Pujian diberikan terhadap ibu kepada dua cahaya mata itu apabila berjaya mengekalkan bentuk tubuh langsing selepas bersalin, bulan lalu.
Menerusi ruangan komen, pelakon Paskal itu menegaskan isterinya seorang yang sangat berdisiplin menjaga pantang, malah diet yang diamalkan juga tidak mampu diikuti aktor sasa itu.
“Satu je nak cakap disiplin keknis jaga pantang sangat tinggi !!! saya jaga diet pun tak sehebat dia🔥
That’s my girl.”
Malah, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti yang turut memberikan reaksi kagum akan imej ibu kepada dua orang anak itu.
Netizen turut meminta tips yang diamalkan Hanis.
Foto : Instagram Hanis Zalikha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zizi Kirana Dedah Malique Tak ‘Hilang’, Ulas Pasal ‘Comeback’, – “Dia Juga Pergi Kedai, Beli Barang Dapur…”

Selepas sekian lama tidak muncul di khalayak ramai, penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa terujanya apabila mendengar khabar tentang kemungkinan kemunculan semula penyanyi rap dan penulis lagu terkenal, Malique.
Menurut Zizi, bukan sahaja peminat, malah rakan-rakan artis yang pernah berkerjasama dengan Malique juga pasti merindui kehadiran figura tersebut di pentas persembahan.
“Kalau betul dia nak buat comeback, memang ‘love’ sangat. Ramai yang memang menanti-nantikan kemunculan semula Malique.
“Lagipun, rasanya sudah berbelas tahun dia tidak muncul atau membuat persembahan di khalayak ramai,” katanya kepada MH.
Petunjuk Kemunculan Semula Malique?
Kebelakangan ini, nama bekas anggota kumpulan Too Phat itu kembali menjadi perbualan selepas Iman Tangyang juga promoter konsert, memuat naik gambar di studio rakaman milik Malique, Qarma Studios.
Lebih mencuri perhatian, Malique juga dilihat telah membuka akaun Instagram sendiri, satu langkah yang jarang dilakukan oleh penyanyi yang dikenali dengan sifat privasinya.
Malah Zizi mengakui, ini bukan kali pertama dia mendengar Iman Tang cuba membawa Malique kembali ke pentas.
“Saya sampai hantar mesej kepada Abang Iman Tang. Saya tanya betul ke nak bawa Malique keluar? Iman Tang pun sebelum ini sudah pernah propose projek kepada Malique.
“Dia sanggup bayar RM1.5 juta sehingga RM2 juta pada 2019. Mungkin ketika itu Malique belum betul-betul bersedia.
“Jika dia sudah memberikan ‘hint’ seperti ini, kita tunggu sahajalah,” ujarnya lagi.
Malique Tidak ‘Hilang’
Bercakap mengenai kehidupan terkini Malique, Zizi menjelaskan penyanyi itu tidak ‘menghilang’ seperti yang disangka ramai, sebaliknya menjalani kehidupan seperti orang biasa.
“Dia masih menjalankan rutin seperti manusia biasa. Dia juga ada pergi ke kedai, beli barang dapur dan hantar anak ke sekolah.
“Kalau betul-betul dia nak keluar semula, kami memang menanti-nantikan. Kami pun sudah lama pujuk dia untuk comeback. Ramai yang nak tengok Eminem Asia kembali beraksi.
“Jika dia putuskan untuk muncul sekarang, mesti ada sebab dia buat sebegitu. Kita doakan semoga Malique akan adakan konsert. Saya tak sabar nak tonton,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belum Lagi Ditayangkan Di Malaysia, Imaginur Dapat Tempat Bertanding Di Festival Filem Asia New York 2022

Biarpun belum ditayangkan di pawagam tempatan, filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha terpilih dalam kelompok lapan filem Asia yang layak merebut trofi Filem Cereka Terbaik pada Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022 di New York, Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung bulan depan.
Filem cinta yang menerapkan elemen fiksyen sains itu bakal bersaing dengan tujuh judul lain iaitu Look At Me (Singapura), Reclaim (Taiwan), One and Four (Tibet), Angry Son (Jepun), The Sales Girl (Mongolia), Fast & Feel Love (Thailand) dan Perhaps Love (Korea).
Lebih mengujakan, filem Imaginur yang dibintangi Beto Kusyairy dan Diana Danielle akan dipertontonkan buat kali pertama di Walter Reade Theater, Film at Lincoln Center, New York, pada 23 Julai ini.
Menyedari tujuh filem lain terutama dari Korea, Jepun, Taiwan dan Thailand hebat-hebat belaka, Nik Amir tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi kategori tersebut.
“Saya sedar, peluang untuk menang pasti sengit. Namun, berjaya disenaraikan dalam kategori Filem Cereka Terbaik sudah cukup menggembirakan kami.
“Sekiranya Imaginur dipilih sebagai pemenang, tentu sekali kami sangat bersyukur.
“Sebenarnya, berada dalam kelompok lapan yang terbaik pun sudah cukup membanggakan kami.
“Namun, kami mengharapkan yang terbaik kerana menjadi wakil sulung dari Malaysia ke NYAFF 2022,” katanya.
Filem Imaginur mula menjalani penggambaran pada Mac 2020, namun, terpaksa ditangguhkan akibat penularan pandemik Covid-19.
Imaginur berkisar kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tepati Ramalan, Taanusiya Chetty Dinobatkan Sebagai Miss World Malaysia 2024

Pertandingan Miss World Malaysia 2024 telah melabuhkan tirai semalam apabila gadis berusia 24 tahun, Taanusiya Chetty dinobatkan sebagai pemenang baharu.
Dalam majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Taanusiya berjaya mengalahkan 10 lagi finalis lain sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM50’000.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh gadis kacukan cina-filipina, Kelly Eleanor Tseu dan gadis asal Kuala Lumpur, Hantze Liow.
Sejak pertandingan bermula seminggu lalu di mana para peserta mengikuti aktiviti yang disediakan penganjur, nama Taanusiya menjadi pilihan ramai dek keanggunan dan juga aura yang dimiliki.
Bukanlah pucuk hijau dalam dunia ratu cantik, gadis berketinggian 173cm ini pernah bergelar Miss Global Malaysia 2023 dan berjaya berada dalam kelompok top 13 di pertandingan Miss Global 2023 yang diadakan di Kemboja.
Bukan sekadar cantik, Taanusiya mementingkan pelajaran dan usaha memberi tambah nilai kepada masyarakat sekeliling.
Merupakan pelajar dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), dia menjadi tulang belakang utama dalam badan bukan kerajaan, Be The Change Malaysia yang memfokuskan kepada kempen memupuk keyakinan dan nilai diri.
Taanusiya akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World pada tahun hadapan. Sekadar info, kedudukan terbaik pernah dimenangi oleh Malaysia adalah menerusi wakilan Lina Teoh Pick Lim pada edisi 1998 yang berjaya menggondol tempat ketiga.
Antara nama-nama besar dalam negara yang pernah memegang gelaran Miss World Malaysia seperti Erra Fazira, Datuk Yasmin Yusoff, Deborah Henry dan Arianna Teoh.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI