Mengetengahkan kehebatan seni persilatan Melayu dan seni mempertahankan diri Muay Thai, filem Siku 12: Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd juga menyelitkan konflik cinta dan persahabatan sebagai elemen dramatik untuk menarik penonton.
Filem bergenre aksi arahan Azhari Zain itu menggandingkan dua aktor popular, Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama.
Malah, naskhah ini dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.
Tidak ketinggalan dibantu oleh Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Penerbit Eksekutif, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, filem yang menelan kos sebanyak RM1.2 juta itu menjalani penggambaran pada 2019.
“Penggambaran filem bermula pada Oktober 2019 membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan.
“Namun, filem Siku 12 hanya siap sepenuhnya membabitkan proses suntingan dan sebagainya untuk tayangan di pawagam pada tahun ini. Ia membabitkan lokasi penggambaran di Pendang dan Alor Star, Kedah,” katanya.
Berkongsi cabaran merealisasikan filem Siku 12, kata Mohd Hafiz, dia hanya mengambil alih projek filem berkenaan pada saat akhir.
“Saya terima tawaran daripada rakan penerbit, Mohamad Pozi Mansor untuk mengambil alih projek filem ini bukan atas dasar persahabatan semata-mata.
Ads
“Sebaliknya, saya percaya filem Siku 12 ini mempunyai potensi untuk diketengahkan termasuk ke peringkat antarabangsa. Filem Siku 12 mengetengahkan ilmu persilatan seni silat tua Melayu iaitu permainan 12,” katanya.
Bagaimanapun kata Mohd Hafiz, banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kualiti filem untuk tayangan di pawagam.
“Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, ‘audio mixing’ dan ‘color grading‘ untuk filem ini.
“Banyak proses dilalui filem ini terlebih dahulu, sebelum mendapat kelulusan tayangan di pawagam termasuk Kementerian Dalam Negeri, Skim Wajib Tayang dan wakil pawagam.
“Alhamdulillah, saya dan penerbit kembali bersemangat membawa filem untuk tayangan di pawagam selepas melihat maklum balas positif,” katanya.
Ads
Mengulas cabaran menerbitkan filem bergenre aksi, kata Mohd Hafiz, bukan mudah untuk merealisasikannya kerana ia memerlukan lokasi gelanggang yang besar.
“Kami juga menyediakan jurulatih profesional bagi memberi tunjuk ajar kepada pelakon ketika babak bertinju.
“Malah, pelakon utama, Syafiq Kyle perlu berlatih selama dua minggu sebelum memasuki lokasi penggambaran.
“Filem Siku 12 hanya menampilkan elemen kesan khas imej janaan komputer (CGI) sebanyak 10 peratus,” katanya.
Ads
Apa yang menarik, kata Mohd Hafiz, filem Siku 12 menampilkan seramai 20 penari menora dari Persatuan Manora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai.
“Kami turut menampilkan ratusan pelakon tambahan untuk menjadi penonton di luar gelanggang.
“Jumlah penonton yang ramai diperlukan untuk menonjolkan suasana sebenar ketika pertandingan diadakan membabitkan peninju,” katanya.
Ditanya harapan terhadap filem Siku 12, kata Mohd Hafiz, pihaknya sudah berusaha memberikan terbaik pada filem dan hanya menyerahkan pada penilaian penonton.
“Saya yakin dengan momentum yang ada selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, filem genre aksi juga akan mendapat tempat di hati penonton,” katanya.
Filem Siku 12: Langkah Derhaka akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober depan. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/Power Team Entertainment sejak 6 September lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena ulang tahun perkahwinan, pelakon Aidil Aziz ada menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta yang juga merupakan aktres terkenal, Fasha Sandha.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aidil memanjat rasa syukur apabila mahligai cinta yang dibina bersama Fasha kini sudah genap menjangkau 4 tahun.
Di samping mengimbau kembali foto perkahwinan, Aidil menyifatkan, memiliki Fasha sebagai isteri adalah perkara terindah.
“Happy anniversary sayang yang ke-4. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan kurniaan yanb Allah berikan pada i. Memiliki you adalah hal yang terindah & sempurna dalam hidup,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini berharap agar rumah tangganya bahagia harmoni dan mendapat rahmat Yang Maha Esa.
“Semoga Allah terus tambahkan lagi rezeki kebahagiaan & cahaya mata pada kita di masa kini & mendatang.
“Terima kasih untuk segalanya isteriku @fashasandha. Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kita sampai ke syurga.Aamin,” tulisnya lagi.
Menyifatkan Ironman Langkawi 2019 sebagai aktiviti paling ‘gila’ yang pernah dilakukan seumur hidup, penyanyi dan hos, Alif Satar menerusi Instagram menyatakan rekod 15 jam 5 minit dan 49 saat adalah satu detik menakjubkan dalam hidupnya.
Bintang berkenaan berjaya tamatkan cabaran dengan catatan masa berkenaan.
“What an amazing feeling.. can’t wait to share my story to you guys soon. Terima kasih semua yang datang support, bagi semangat sepanjang Pantai Cenang.
"I’m sorry kalau your sorakan tak terbalas, was in a really bad shape mentally. Alhamdulillah made it through..probably the craziest thing i’ve ever done. 3.8km swim…180km cycling.. and a 42km run.. all in 15 hours 5 minutes and 49 seconds.
"p/s Tony Stark is not Ironman… i am #IronmanLangkawi2019,” kongsinya.
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on Oct 26, 2019 at 5:50pm PDT
Pada masa sama, Aliff turut mendedahkan dia juga disengat obor-obor sewaktu acara renang dan ragu-ragu sama ada perlu mendapatkan rawatan medikal atau tidak.
“Coming out from swim after 3.8km swim.. masa ni tengah pikir “should i go to the medic?” sebab leher rasa macam pedih terbakar kena love bite jelly fish kat leher, but carried on.
"The perfect swim, tapi banyak juga drama time ni.. nanti aleep cerita kat youtube. p/s 3.8 km swim in 1 hour 16 minutes,” tulisnya lagi.
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on Oct 28, 2019 at 6:16pm PDT
Jelas penyanyi I Want You To Love Me ini, bahang matahari yang cukup ekstrem menyukarkan perlumbaan saat berbasikal, namun dia berjaya menamatkan saingan dalam jangka masa tujuh jam dan 1 minit untuk 180 kilometer.
“2nd discipline, the longgg ride..180km total elevation of 2000m. Masa ni panas terik dia EXTREME.. banyak juga drama yang berlaku time ni, nanti wa cerita kat vlog. p/s 180km in 7 hours and 1 minute,” jelas Alif.
Mengejutkan apabila seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman tampil membuat pendedahan bahawa dirinya pernah menjalin hubungan cinta hingga hampir mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Melihat kepada foto dan video yang dikongsinya, ada netizen mendakwa lelaki yang dimaksudkan mirip kepada seorang pelakon terkenal.
Menerusi ruangan kapsyen, wanita berkenaan berkongsi mengenai hubungan yang dikatakan bermula sejak September tahun hingga keduanya mengambil keputusan untuk bernikah.
“Assalamualakum, mungkin apa yg akan i share malam ni akan mengejutkan dan menyakiti beberapa pihak. Tapi demi Allah, apa yg i cuba sampaikan malam ini bukannya untuk kepentingan diri i seorang sahaja, tapi sebagai manusia yg ada perasaan dan jugak tahap kesabaran yg selama ni i cuba kawal sehabis mungkin untuk menjaga aib and nama beberapa pihak yg terlibat termasuklah diri i sendiri.
“I harap apa yg berlaku dalam hidup i selama setahun ni cukup memberi pengajaran untuk diri sendiri dan jgak semua perempuan di luar sana,” tulisnya.
Ellika mendakwa dirinya menjadi ‘cair’ apabila lelaki berkenaan dikatakan hari-hari memberi mesej, menghubungi seterusnya meluahkan perasaan.
Malah, Ellika turut memaklumkan majlis pernikahan mereka sepatutnya dilangsungkan minggu hadapan.
Bagaimanapun, dia mendapat tahu lelaki tersebut sebenarnya turut mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil dari perkahwinan berkenaan.
“September, 2018, my relationship with this one guy yg bertatus suami orang bermula. I tahu benda ni memang salah and tak sepatutnya berlaku. But, i gagal. Bila hari2 dia text, call and meluahkan perasaan perasaan, lama2 i pun cair.
“Ya, my mistake. Tapi takde istilah i goda dia ya dalam hal ni. Cuma silap i, bila lama2 tu i terjatuh hati jugak dgn dia. So bermulalah kisah cinta antara i dgn this guy. Sampai lah March, dia datang jumpa parents i mintak restu.
“Then benda ni berterusan and jadi lebih serious sampailah kami decide untuk bernikah. And pernikahan tu sepatutnya berlaku minggu depan.
“Nak dijadikan cerita, sejak makin nak dekat macam2 benda jadi so i decide to istikharah &.. ya, Allah have a better plan for me. Alhamdulillah, last2 minute dpt tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni.
“Benda yang paling i terkilan and sedih, dia abaikan tanggungjawab dia as a husband and father sejak baby ni dilahirkan. Sekali pun tak pernah jenguk anak tu sampai ke harini.
“So hari yang sepatutnya i patut jumpa his mama and abah, i sebenarnya dah decide nak diamkan je pasal benda ni and batalkan semua plan nikah ni. So.. tiba2 dpt call dari dia.
“Niat i angkat tu sbnrnya nk bgtahu dia cancel jelah tp tiba2 kena tuduh dgn mama dia lepastu mintak i 100k lol,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Ellika juga memberitahu dia akan berkongsi lagi kerana tidak mahu dirinya dianggap mereka cerita dan dia berani untuk berkongsi kerana ada insan yang lebih menderita.
“I akan share satu2 sbb taknak ada mana2 pihak anggap i reka cerita. I, dia and Allah tahu apa berlaku.
“I berani share walaupun benda ni mengaibkan diri i jgak but i dh tak kisah dgn semua tu sbb i ingatkn i dh cukup teraniaya rupanya ada yang lebih menderita dari i which is his second wife. And i hope takde lagi yg akan jadi mangsa. Stay tuned for more,” tulisnya panjang lebar.
Duo pereka fesyen dari FM Group, Farel Mikhail dan Jonathan Kok, berdebar menanti reaksi masyarakat terhadap lagu raya pertama terbitan mereka, Si Gadis Lebaran,...