Bagi peminat muzik rap tempatan, nama Kmy Kmo sememangnya tidak asing lagi di industri seni tanah air selepas banyak lagu-lagunya mendapat perhatian ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun, tahukah anda Kmy Kmo atau nama lengkapnya Lukmanul Hakim sebenarnya telah berkecimpung di dalam industri ini sejak tahun 2003 lagi?
Menurut Kmy Kmo, meskipun terpaksa menunggu lebih sedekad untuk namanya dikenali, namun dia terap bersyukur dengan segala perancangan yang telah ditetapkan buat dirinya.
“Tanam benih tahun 2003, 2015 baru dapat makan buah. Berapa lama punya tunggu? Korang kira sendiri.
“Jadi ingatlah, pada sesiapa saja yang sedang berusaha dalam apa jua bidang diluar sana, usaha tahun 2003 tak semestinya hasilnya akan sampai pada tahun 2004 yakni apatah lagi dalam tahun yang sama,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Gong Nekara itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, berkat kesabaran serta semangat tidak putus asa, dia kini mampu untuk merasai manisnya kejayaan menerusi karya-karyanya sendiri.
“APA ITU “PUTUS ASA”? Putus asa ini hanyalah dikhaskan untuk golongan-golongan yang lemah.
“Golongan yang sentiasa mempersoalkan kemana arah usahanya itu setiap kali merancangkan sesuatu, dan sudah pasti golongan ini bukanlah terdiri dari KITA,” kongsinya lagi.
Ads
Dikesempatan itu juga, Kmy Kmo turut menitipkan pesan buat orang-orang di luar untuk sentiasa berusaha memberikan yang terbaik demi mencapai impian yang diidamkan.
Tambahnya lagi, kita juga sebenarnya tidak perlu terlalu mengharapkan pujian daripada orang lain hanya semata-mata untuk mendapatkan semangat.
“Usaha la seperti kalian yang sedang berlari dalam marathon yg terlalu dahagakan air, malah fokus untuk sampai ke garisan penamat.
“Bukan hanya untuk raih perhatian atau tepukan orang ramai yg bersifat sementara, tapi untuk raih kemenangan pencapaian terbaik diri sendiri yang ikhlas berusaha. Ayuh,” akhirinya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa kagum selain turut berharap agar Kmy Kmo akan terus sukses pada masa akan datang.
Sekadar informasi, nama Kmy Kmo semakin dikenali selepas membuat beberapa penampilannya bersama sahabatnya yang juga merupakan rapper, Luca Sickta.
Duo ini juga kerap bergandingan bersama penyanyi-penyanyi ternama tanah air seperi Datuk M. Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah.
Malah, lagu Sifar yang dinyanyikan bersama Asfan Shah dan Tripdisz turut telah mendapat pengiktirafan di luar negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Kmy Kmo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre menjadi saksi malam penuh magis yang dihidupkan oleh penyanyi, Ernie Zakri melalui konsert solonya, Aura: Ernie Zakri Live in Concert.
Lebih daripada sekadar hiburan, ia merupakan sebuah pengalaman emosi mendalam yang menonjolkan kehebatan vokal penyanyi berkenaan sehingga memukau lebih 3,000 peminat setianya.
Tetap Usaha Hiburkan Peminat Walau…
Meskipun disahkan mengalami jangkitan laringitis sebelum konsert, ibu kepada seorang cahaya mata itu membuktikan profesionalismenya sebagai seorang anak seni sejati.
Persembahan vokalnya tetap luar biasa, membuka tirai dengan lagu Aura dan membawa penonton menikmati rangkaian 22 lagu lain seperti Boneka, Astana, Ayuh, Misteri, dan Gundah.
Penampilan Sabronzi & Ade Govinda
Turut memeriahkan konsert ialah persembahan duet bersama Sabronzo menerusi lagu Luv serta penampilan khas Ade Govinda untuk lagu Masing-masing dan Hal Hebat.
Penghayatan Ernie diperkukuhkan dengan susunan muzik eksklusif arahan Genervie Kam, menjadikan setiap lagu sebuah perjalanan emosi yang menyentuh hati.
Keintiman dan keikhlasan Ernie sebagai seorang penghibur terserlah melalui persembahan duet bersama Syamel untuk lagu Die With Smile dan Aku Cinta, yang menjadi salah satu detik kemuncak malam tersebut.
Penutup yang penuh kehebatan dengan lagu Ku Bersuara menandakan noktah sempurna untuk malam istimewa ini, meninggalkan kesan mendalam kepada setiap yang hadir.
Konsert ini juga membuka lembaran baharu apabila pihak penganjur, SAH Entertainment, apabila pihaknya turut mengumumkan konsert susulan di Singapura pada Jun 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur apabila ibu mentuanya, pelakon veteran Datin Maria Arshad kini telah sembuh dan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19.
Shahirah yang kini terpaksa menjalankan tugas sebagai penyampai radio Suria FM dari rumah untuk menjalani tempoh kuarantin telah memaklumkan perkara tersebut ketika berkeuadara di segment Suria Petang, pada Isnin.
“Syukur Alhamdulillah, ibu mentua saya kini dah sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan dia sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah hari ini. Jadi saya bersyukur sangat, dan saya pun dah berjumpa dengan dia, sebab sekarang ni saya di kediamannya,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini turut memaklumkan ibu mentuanya telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Shahirah mendedahkan kos rawatan ibu mentuanya di hospital berkenaan mencecah nilai RM30,000.
“Saya cuma nak kongsi, ibu mentua saya dapatkan rawatan di hospital swasta dan kos rawatannya mencecah RM30,000, memang mahal dan sebenarnya kalau nak tahu ada juga yang sampai mencecah RM70,000,
“Mahal sebab bukan rawatan Covid-19 tu tapi sebab kos ubat-ubatan tu yang mahal. Macam kes ibu mentua saya, Covid ni dah kacau dia punya sistem darah, dan bila kacau sistem darah dia boleh beri kesan rosak pada organ dalaman. Jadi ubat-ubatan untuk betulkan sistem darah tu yang mahal sebenarnya,” katanya lagi.
Selain itu, penyampai radio berusia 45 tahun ini bersyukur kerana sehingga kini pihak kerajaan masih menyediakan hospital kerajaan kepada orang ramai yang tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan.
Terdahulu, selepas mengalami demam berpanjangan selama hampir dua minggu, Maria Arshad, 63, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada 25 September yang lalu.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fizi Ali meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah pun sembuh sepenuhnya selepas disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Berkongsi kesakitan yang dilalui, bapa tunggal ini menjelaskan pengalaman yang dilalui lebih terasa apabila terpaksa melawan virus tersebut sendiri.
“Alhamdulilah saya dah sembuh dari covid 19. Sakit weyy kena sebenarnya. Lagi masa sakit sorang-sorang. Terasa betul masa tu, dengan family tak ada dengan Ameena pun tak ada dekat dengan kita.
“Sakit nangis sorang-sorang je. Tak nak susahkan mana-mana pihak sebenarnya. Tapi alhamdulillah saya boleh survive sorang-sorang, dah baik,” tulisnya.
Lalu, aktiviti pertama yang dilakukan sejurus disahkan bebas Covid-19 ialah bersua dengan anak kesayangan, Ameena.
“Perkara pertama nak buat jumpa Ameena. Sebelum ni dapat kekuatan dari jauh je. Sekarang dapat depan-depan. Thanks umi Ameena jugak bagi jumpa Ameena.
“Apa nak buat dua tiga hari ni,mari tolong abam plan untuk Ameena,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan rasa syukur kerana diberikan kesembuhan dan mendoakan yang baik-baik buat bekas suami pelakon, Shakila Khoriri ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...