“Tanam Benih Tahun 2003, 2015 Baru Dapat Makan Buah…,” – Nama Dikenali Lepas 12 Tahun, Kmy Kmo Akui Putus Asa Hanya Untuk Orang Lemah

Share

Bagi peminat muzik rap tempatan, nama Kmy Kmo sememangnya tidak asing lagi di industri seni tanah air selepas banyak lagu-lagunya mendapat perhatian ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, tahukah anda Kmy Kmo atau nama lengkapnya Lukmanul Hakim sebenarnya telah berkecimpung di dalam industri ini sejak tahun 2003 lagi?

Menurut Kmy Kmo, meskipun terpaksa menunggu lebih sedekad untuk namanya dikenali, namun dia terap bersyukur dengan segala perancangan yang telah ditetapkan buat dirinya.

“Tanam benih tahun 2003, 2015 baru dapat makan buah. Berapa lama punya tunggu? Korang kira sendiri.

“Jadi ingatlah, pada sesiapa saja yang sedang berusaha dalam apa jua bidang diluar sana, usaha tahun 2003 tak semestinya hasilnya akan sampai pada tahun 2004 yakni apatah lagi dalam tahun yang sama,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Gong Nekara itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, berkat kesabaran serta semangat tidak putus asa, dia kini mampu untuk merasai manisnya kejayaan menerusi karya-karyanya sendiri.

“APA ITU “PUTUS ASA”? Putus asa ini hanyalah dikhaskan untuk golongan-golongan yang lemah.

“Golongan yang sentiasa mempersoalkan kemana arah usahanya itu setiap kali merancangkan sesuatu, dan sudah pasti golongan ini bukanlah terdiri dari KITA,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Kmy Kmo turut menitipkan pesan buat orang-orang di luar untuk sentiasa berusaha memberikan yang terbaik demi mencapai impian yang diidamkan.

Tambahnya lagi, kita juga sebenarnya tidak perlu terlalu mengharapkan pujian daripada orang lain hanya semata-mata untuk mendapatkan semangat.

“Usaha la seperti kalian yang sedang berlari dalam marathon yg terlalu dahagakan air, malah fokus untuk sampai ke garisan penamat.

“Bukan hanya untuk raih perhatian atau tepukan orang ramai yg bersifat sementara, tapi untuk raih kemenangan pencapaian terbaik diri sendiri yang ikhlas berusaha. Ayuh,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa kagum selain turut berharap agar Kmy Kmo akan terus sukses pada masa akan datang.

Sekadar informasi, nama Kmy Kmo semakin dikenali selepas membuat beberapa penampilannya bersama sahabatnya yang juga merupakan rapper, Luca Sickta.

Duo ini juga kerap bergandingan bersama penyanyi-penyanyi ternama tanah air seperi Datuk M. Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah.

Malah, lagu Sifar yang dinyanyikan bersama Asfan Shah dan Tripdisz turut telah mendapat pengiktirafan di luar negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Kmy Kmo

Published by
Aizam Manaf