Hari ini genap ulang tahun perkahwinan pelakon Que Haidar dan isteri Linda Jasmine yang ke-11 tahun
Ia sekali gus, membuatkan Que mengimbas kembali detik perkenalan mereka sebelum bergelar suami isteri.
“Alhamdulillah.. Genap hari ini 14 February, 11 tahun kami.. satu perasaan yg tak dapat digambarkan pada waktu itu.. perkenalan yg tidak sampai 7 bulan membawa kepada ijab dan qabul.
Ads
“Latar Belakang yg sangat berbeza tetapi pencipta pegang waktu utk semua.. kenapa tarikh ini? Hrmm Sebagai tanda cinta utk si dia dgn menghalalkan segalanya.. moga terus berkekalan hingga ke jannah.
“Walaupun pada tarikh ni segala mcm jenis mak nenek bunga harga naik tau yayang 😅 adeh… love you yayang.. you sangat2 melengkapi sy.. harap seadanya Sy juga dapat melengkapi segala.. always love you,” tulisnya.
Sinonim dengan kerja-kerja amal kebajikan, perkongsian Ustaz Ebit Lew mengenai sebuah lagi kisah masyarakat yang serba kekurangan menjentik hati ramai.
Kali ini, Ebit ada bercerita mengenai kehidupan seorang warga emas yang hidup sebarang kara selepas kematian suami, kira-kira 15 tahun lalu.
Lebih menyentuh perasaan, keadaan kediamannya kurang baik serta persekitaran yang berbau najis.
Perkongsian tersebut ada dimuat naik menerusi satu status panjang di Facebook rasminya.
Sementara itu menerusi status yang telah dikemas kininya, Ebit menzahirkan rasa syukur kerana tugas penambahbaikan kediaman warga emas berkenaan sudah pun berjaya dilaksanakan dalam tempoh beberapa jam hasil bantuan ramai.
Malah, wanita tua itu turut dimandikan seorang petugas Rela, dikenali sebagai Kak Ros yang sebelum ini turut membantu warga emas terbabit.
“Ya Allah syukur. Sebak selesai tugas dalam masa beberapa jam. Bergegas ganti tangki air dan paip baru. Supaya air laju dan bersih.
“Bersihkan rumah sampai wangi. Belikan peti ais baru. Katil baru tilam cadar baru semua. Meja dan kerusi baru. Rice cooker dan cerek baru. Senyum menangis makcik ini tengok semua baru-baru.
“Kak Ros Rela mandikan makcik ini. Potong kuku dan wangikan. Guntingkan rambut.Cantik sangat dah. Senyum lebar makcik ini. Makcik tiba-tiba nak berwuduk nak solat. Terkejut dengar,” jelasnya.
Ebit pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi murni itu.
“Jemput kami raya rumah. Masa pakai selipar baru senyum. Satu selipar lagi simpan pakai hari raya kata makciknya. Syahdu dengar. Ni baju raya makcik. Masak rendang untuk saya makcik. Makcik tak pandai masak rendang katanya.
“Terima kaseh semua jiran yang dekat yang membantu. Sebab makcik ini memang tak buka pintu orang datang. Berkat doa syukur makcik ok jer kita buat semua tu.
“Makcik ini berbual macam biasa. Sihat jer. Ya Allah. Suka bergambar makcik ini. Juta kali berbeza dari pagi tadi. Ya Allah terima kaseh ubati hati ini setelah duka tadi. Senyuman makcik ini ubat hati saya.
“Jiran-jiran terutama Kak Ros rela akan gilir-gilir membantu makcik ini. Kami dah ganti tombol supaya Ros boleh sentiasa tengok keadaan makcik ini. Senang keluar masuk rumah. Terima kaseh semua yang terlibat. Semoga Allah terima semuanya.
“Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, cimb 8603546376,” tulisnya lagi.
Menerusi posting sama, Ebit turut berkongsi beberapa foto terkait.
Foto: Facebook Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Buletin FM, Muaz Mohamed melahirkan perasaan teruja menimang cahaya mata ketiga selepas isteri, Ediana Aziz selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada malam Selasa lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Muaz atau nama sebenarnya, Muazanazzuddin Mohamed menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, kelmarin tepat jam 8.18 malam bersamaan 16 Ogos (Selasa), cinta hati saya selamat melahirkan anak perempuan pertama kami.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa dan kata-kata indah yang telah dititipkan,” tulis Muaz.
Dalam perkongsian itu juga, Muaz turut mendoakan anak perempuan tunggalnya itu akan menjadi anak yang solehah serta mempunyai baik budi pekerti.
“Selamat lahir ke dunia anakanda yang cantik nan jelita. Semoga kelak bisa menjadi anak yang baik akhlaknya, budi pekertinya dan menjadi bunga yang sentiasa mewarnai keluarga kita.
“Daddy, Mummy, Abang Emir dan Ezra love you.
“Jaga-jaga daddy akan follow ke mana-mana sahaja awak pergi ok,” tulis Muaz lagi.
Muaz bagaimanapun belum berkongsi wajah serta nama puterinya buat tatapan umum.
Penyampai radio berusia 38 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Ediana pada 16 Februari 2013.
Mereka turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Emirza Mukhriz, 8, dan Ezra Mikhail, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Muaz Mohamed
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Daiyan Trisha teruja apabila dia akhirnya berjaya memiliki rumah idaman.
Menerusi laman Instagram, Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, turut memuat naik foto rumah banglo dua tingkat yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
“Rumah impian saya. Rasa seperti semua kerja keras saya berbaloi. Saya sangat gembira!
“Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat atas segala kasih sayang dan sokongan. Saya tak sabar memulakan perjalanan ini bersama kalian.
“Terima kasih Ya Allah, cinta hatiku, Kau sangat baik terhadapku. Menjadikan semua impianku nyata,” tulisnya.
Sangat bahagia dengan pencapaian yang diraihnya, penyanyi lagu Penat itu turut meminta peminatnya mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.
“Hati saya penuh (dengan kebahagiaan), Alhamdulillah. Tolong doakan yang baik-baik ya. Semoga saya dan keluarga sentiasa dilindungi,” tulis Daiyan.
Daiyan yang berkongsi beberapa keping foto memaparkan kawasan sekitar kediaman yang turut dilengkapi kolam renang berkenaan sempat berkongsi momen ketika kali pertama membawa keluarga dan rakan-rakannya melihat rumah tersebut.
Kata Daiyan, mereka melihat kediaman kedua yang dibelinya tersebut sangat dekat dan melambangkan keperibadian serta cita rasa sebenar dirinya.
“Waktu bawa keluarga dan rakan-rakan ke rumah ini atau tunjuk gambar, mereka cakap perkara yang sama… ‘This house is so you’.
“Perkara paling lucu, saya juga rasakan perkara sama. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ini, saya rasakan ini memang untuk saya. Rumah ini sedang menanti saya,” tulisnya penuh teruja.
Masih dalam proses untuk memasukkan perabot dan mengubah suai kediaman berkenaan, Daiyan berjanji kepada peminat untuk berkongsi perihal tersebut dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Daiyan terlebih dahulu membeli rumah pertamanya iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota pada 2019 hasil mengumpul wang selama dua tahun sepanjang bergelar anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!