Hari ini genap ulang tahun perkahwinan pelakon Que Haidar dan isteri Linda Jasmine yang ke-11 tahun
Ia sekali gus, membuatkan Que mengimbas kembali detik perkenalan mereka sebelum bergelar suami isteri.
“Alhamdulillah.. Genap hari ini 14 February, 11 tahun kami.. satu perasaan yg tak dapat digambarkan pada waktu itu.. perkenalan yg tidak sampai 7 bulan membawa kepada ijab dan qabul.
IKLAN
“Latar Belakang yg sangat berbeza tetapi pencipta pegang waktu utk semua.. kenapa tarikh ini? Hrmm Sebagai tanda cinta utk si dia dgn menghalalkan segalanya.. moga terus berkekalan hingga ke jannah.
“Walaupun pada tarikh ni segala mcm jenis mak nenek bunga harga naik tau yayang 😅 adeh… love you yayang.. you sangat2 melengkapi sy.. harap seadanya Sy juga dapat melengkapi segala.. always love you,” tulisnya.
Selepas Mak Cik Kiah menjadi sebutan ramai, kini giliran Restoran Mi Kolok Haji Salleh mendapat perhatian. Memetik laporan Bernama, anak kepada pemilik restoran l, Faridah Salleh tidak menyangka perniagaan keluarganya mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sti Muhyiddin Yassin sewaktu pembentangan Langkah Tambahan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
“Saya memang terkejut sampai menggeletar tadi (selepas mendengar perniagaan kami menjadi salah satu contoh) yang disebut perdana menteri dalam perutusan khas petang ini.
“Banyak kesannya (PKP kepada perniagaan) tetapi terpaksa bertahanlah. Untung tak adalah dan hasil jualan digunakan untuk membayar gaji pekerja, membayar sewa kedai dan bil elektrik. Ini yang penting.
“Satu lagi kejutan yang saya harapkan adalah sekiranya perdana menteri tiba-tiba datang menjamu selera di sini satu hari kelak,” katanya seperti yang dipetik.
Faridah menganggap ia sebagai pengiktirafan dan keprihatinan Perdana Menteri terhadap usahawan. Walaupun terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan namun mereka tetap meneruskan walau sukar dan terbatas.
Menurut laporan, Faridah mengambil alih operasi bersama dua adiknya selepas ayah, Salleh Reduan tidak lagi mampu menguruskan perniagan kerana faktor umur.
Sumber : Bernama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kasih sayang seorang anak kepada Ibu, penyanyi Linda Rafar telah meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya.
Linda Rafar atau nama sebenar Azlinda Binti Rafar telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang berusia 41 tahun itu telah memaklumkan kepada pengikutnya di laman media sosial tersebut bahawa hari ini merupakan hari jadi arwah ibunya.
“Selamat hari jadi mak ….Semoga mak tenang Di sana Tadi Ada rezeki buat show bersama 1200 polis Dan ketua polis Kuala Lumpur Dato seri mazlan @pdrmsia_official ..”
“Dulu balik je mesti excited nk cter dgn mak dpt buat show depan Ramai org..Tp hari ni mak dah xde..mak pergi selamanyaaa.. Linda syg mak sgt2 n Rindu mak Al-Fatihah mak” tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang itu telah menarik perhatian peminat Linda yang juga turut berasa sedih terhadap Linda atas kehilangan ibu tercinta. Malah, peminat juga turut mendoakan arwah ibu Linda dicucuri rahmat.
MH juga turut mendoakan Linda untuk terus cekal dan tabah menjalani dugaan yang ditempuhinya.
Untuk rekod, ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari lalu.
Foto : Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Rasanya tak cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah, jauhlah sangat!”
Itu antara komen yang ditinggalkan netizen di ruang komen Facebook Media Hiburan menerusi entri peserta Dewi Remaja 2022 anjuran majalah Remaja.
Salah seorang peserta Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol yang ditemui berkata, dia dan rakan-rakan yang lain sudah biasa berhadapan dengan komen-komen negatif sepanjang terlibat dalam pertandingan ini.
Malah, Tracie yang mewakili finalis lain memilih untuk terus fokus dengan pencarian Dewi Remaja 2022 hingga ke malam kemuncaknya.
“Kalau saya, saya cuma ambil (baca) yang betul, mana yang tidak betul itu saya abaikan sahaja sebab kita tidak dapat puaskan hati semua orang, semua orang boleh berkata apa sahaja.
“Jika mereka berada di tempat kami, baru mereka tahu macam mana (usaha) kami.
“Kalau boleh janganlah bagi komen-komen yang negatif sebab kalau kita bagi komen-komen sebegitu, nanti kalau ada orang yang nak join dewi untuk musim akan datang, mereka akan rasa takut.
“Mereka akan rasa tidak yakin dengan diri mereka, takut berhadapan dengan kecaman-kecaman. Sepatutnya kita sebagai masyarakat perlu saling menyokong.
“Definisi kecantikan itu bukan sekadar wajah sahaja, ia juga dari dalaman, cara berfikir serta cara kita layan orang,” katanya kepada MH.
Tracie, 21, yang berasal dari Tambunan, Sabah ini sebelum ini pernah menjadi tular susulan wajahnya yang dikatakan seiras pelakon, Mira Filzah.
Mengidolakan juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya, Tracie berimpian untuk bergelar seorang pelakon dan pengacara selepas ini.
“Saya ingin melebarkan lagi sayap sebagai seorang pelakon, sebelum ini saya banyak berlakon dengan penerbitan drama budaya di Sabah.
“Menerusi Dewi Remaja kali ini, saya berharap orang ramai dapat melihat potensi dalam diri saya,” ujarnya yang pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik Sabah, Unduk Ngadau pada tahun lalu.
Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Ia dihoskan oleh pelakon Fikry Ibrahim.
Sementara itu, finalis Dewi Remaja 1994/1995, pelakon popular, Rozita Che Wan pula berperanan sebagai juri tetap program tersebut.
Pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bakat-bakat hebat selebriti tanah air seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Anna Jobling.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Tracie Sinidol
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!