“Tanda Cinta Untuk Si Dia…,” – Genap 11 Tahun Perkahwinan, Que Haidar Dedah Perkenalan Dengan Isteri Rupanya Tak Sampai 7 Bulan

Share

Hari ini genap ulang tahun perkahwinan pelakon Que Haidar dan isteri Linda Jasmine yang ke-11 tahun

Ia sekali gus, membuatkan Que mengimbas kembali detik perkenalan mereka sebelum bergelar suami isteri.

“Alhamdulillah.. Genap hari ini 14 February, 11 tahun kami.. satu perasaan yg tak dapat digambarkan pada waktu itu.. perkenalan yg tidak sampai 7 bulan membawa kepada ijab dan qabul.

“Latar Belakang yg sangat berbeza tetapi pencipta pegang waktu utk semua.. kenapa tarikh ini? Hrmm Sebagai tanda cinta utk si dia dgn menghalalkan segalanya.. moga terus berkekalan hingga ke jannah.

“Walaupun pada tarikh ni segala mcm jenis mak nenek bunga harga naik tau yayang 😅 adeh… love you yayang.. you sangat2 melengkapi sy.. harap seadanya Sy juga dapat melengkapi segala.. always love you,” tulisnya.

Untuk rekod, Que dan Linda berkahwin pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tengku Ratu, 10 tahun dan Tengku Cleopatra, 8 tahun. 

Foto : Instagram Que Haidar

Published by
MH