Seperti diketahui umum, pelakon kelahiran Indonesia Tya Ariffin kini semakin bergiat aktif menceburi dalam dunia perniagaan makanan kesihatan.
Baru-baru ini, usahawan terkenal itu berkongsi momen bersama pekerja menerusi laman YouTube miliknya.
Pekongsian tersebut kelihatan Tya telah menghadiahkan sebuah kereta berjenama kepada perkerja di syarikat miliknya.
“TYA ARIFIN BAGI KEJUTAN KERETA UNTUK STAFF ???,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tya memaklumkan hadiah pemberian tersebut tanda penghargaan majikan terhadap pekerja yang telah bertungkus lumus memajukan perniagaan miliknya.
“Bagi hadiah ini kerana atas kerja kuatnya dan dia dah susah-susah bangun pagi naik motor jadi kita bagi kemudahan pada dia,” kata Tya.
Rakaman video yang dikongsi oleh menantu kepada penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza itu telah meraih lebih 40 ribu tontonan.
Video: YouTube Tya Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Wanita Yang Baik,” – Zul Ariffin Berkenalan Dengan 13 Gadis Bercita-Cita Tinggi, Usah Cepat Buat Persepsi Dulu
Selepas 14 tahun berkecimpung di dalam dunia seni, aktor terkenal, Zul Ariffin akui penglibatannya di dalam program realiti bachelor pertama di Malaysia, Pencuri Hati sememangnya mempunyai cabaran tersendiri.
Menurut Zul, berkenalan dengan 13 wanita yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini sedikit sebanyak mendatangkan rasa gemuruh.
“Pada mulanya, saya agak canggung kerana ini merupakan program realiti pertama saya. Berkenalan pula dengan 13 orang wanita, ia bukan perkara yang biasa saya lakukan.
“Kebiasaannya, bila kita bersembang dengan orang, tiada pun rakam-merakam ni tetapi kali ini, kamera memang ada di sekeliling kita. Ia merupakan pengalaman baru buat saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Zul turut berharap agar orang luar tidak terlalu cepat memberikan persepsi negatif terhadap program ini kerana konsepnya sangat berbeza dengan negara-negara luar.
“Pada saya, ini hanyalah sekadar sebuah program televisyen. Tiada yang personal. Ia merupakan perkara yang telah saya persetujui dan akan berikan komitmen.
“Pada awalnya, memang saya ada nampak potensi program ini akan menjadi ‘panas’. Namun, Pencuri Hati ini bukan hanya sekadar dating memanjang. Tidak…Ia lebih daripada itu sebenarnya. Bukanlah kami dating dan luangkan masa bersama semata-mata.
“Lagipun, bukan hanya saya dan 13 gadis ini yang merakam sendiri aktiviti kami. Seluruh team produksi juga ada di belakang kami,” kongsinya lagi.
Pelakon filem J-Revolusi itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media progam Pencuri Hati yang diadakan di Glasshouse, Seputeh pada Selasa.
Jelas Zul lagi, program ini turut akan menampilkan sisi lain dirinya yang jarang dipertontonkan kepada umum sebelum ini.
“Saya dilatih untuk mengabaikan kamera di ketika berlakon. Jadi, untuk saya menjadi diri sendiri agak sukar. Kalau ditemu ramah untuk program live pun saya tak biasa. Kalau saya cakap saya segan, orang tak percaya.
“Dalam program ini pun saya ada cakap, kalau mereka mengharapkan saya menjadi lelaki romantik seperti yang mereka lihat di TV, itu bukan saya. Saya gagal. Program ini dah buktikan.
“Romantik ketika berlakon itu lain. Kalau kita tak tahu sesuatu watak, kita akan buat dengan baik. Sebab itu bukan diri kita,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Zul memberitahu, dirinya juga senang apabila berpeluang untuk berkenalan dengan 13 wanita yang memiliki personaliti yang berbeza.
“Kesemua 13 wanita ini, kebanyakan mereka masih lagi muda. Apa yang membuatkan saya kagum dan teruja, mereka semua bercita-cita tinggi.
“Saya percaya ramai wanita masa kini yang sebegitu. Mereka tahu apa yang mereka mahukan. Ia sangat seronok untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam.
“Saya juga ada usik mengusik sikit mereka. Seronok bila dapat tengok macam-macam personaliti. Sejujurnya, mereka semua wanita yang baik,” akhirinya.
Pencuri Hati menonjolkan 13 wanita berpesonaliti menarik yang bakal mempertaruhkan hati untuk memenangi peluang mengenali selebriti tampan Zul Ariffin selama 24 jam (during daylight).
Kesemua sepuluh episod program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka bermula 9 Disember 2022 sehingga 10 Februari 2023.
Penonton boleh menonton dengan melanggan pelan sooka VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan atau pelan sooka VIP TV pada harga RM62.90 sebulan untuk pengalaman menonton di skrin TV.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Allah Ambil Dia Sekelip Mata?,”- Komen Datin Alyah Isu Konflik ‘Masjid’ Aliff-Bella
Penyanyi, Datin Alyah ada memberikan kata-kata pendapat dan nasihat mengenai isu rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah yang semakin tular di laman media sosial.
Ditanya media mengenai apa komennya terhadap isu berkenaan, Alyah yang sudah lebih enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ramli MS memberitahu, setiap ikatan perkahwinan akan tempuhi pelbagai cabaran dan dugaan.
“Setiap rumah tangga ada dugaan dia, kena hargai pasangan kita sebab kita tak tahu tau, mungkin hari ini kita boleh tengok dia, mempermainkan dia, melukakan perasaan dia.
“Kalau Allah ambil dia sekelip mata, kita bayar dengan segala harta kita pun tak ada guna. Jadi, apa yang Allah bagi tu kita kena hargai.
“Kalau ditanya saya mengenai Isu Aliff dengan Bella, ini memang dugaan untuk mereka.
“Doa saya dengan apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya, dan dia saya juga semoga pasangan ini dapat melaluinya sebaik mungkin,”kongsi Alyah kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Terdahulu, Alyah telah ditemui pada majlis pelancaran muzik video ‘Seloka Hari Raya’ yang turut membariskan di bawah naungan Warner Music Malaysia, di Hotel Royal Kuala Lumpur pada Selasa.
Antara artis lain yang terlibat dalam pembikinan muzik video ini ialah Andi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars, Amir Hasan, Ajak Shiro dan ramai lagi.
View this post on InstagramMy 1st pic with iPhone Great……✌?
A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on
View this post on InstagramA post shared by Warner Music Malaysia Domestic (@warnermusicmy) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Berjaya Sebagai Anak Seni Kerana Doa, Restu, Didikan Dia…,” – Ogy Datuk Ahmad Daud
Aktres senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau sinonim dengan panggilan Ogy antara selebriti terkenal dan sering menjadi perhatian peminat.
Terbaru, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik sebanyak dua kali di Festival Filem Malaysia ini ada menzahirkan kerinduan buat terhadap arwah ibunya, seniwati Saadiah bersempena dengan sambutan hari ibu, hari ini.
Dalam pada itu, Ogy turut memaklumkan dia sentiasa akan mengingati pesanan juga titipan kata nasihat yang pernah disampaikan oleh arwah ibunya.
“Aku Disini Kerana Dia..
Aku Berjaya Sbg Anak Seni
Kerana Doa, Restu, Didikan Dia..
“Aku Jadi Rapuh Bila Dia Tinggalkan
Aku..Aku Bangkit Dan Teruskan Hidup Ini
Kerana Teringatkan Kata2 Dia..
“Aku Akan Menjaga Nama Baik Mu
Hingga Aku Dipanggil Pulang..
Mak..Fauziah Rindu…
Selamat Hari Ibu Mak..,” tulisnya dalam satu posting di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on
Sekadar informasi, seniwati Saadiah merupakan seorang antara pelakon terkenal dan dijulang sejak memulakan kerjaya seninya pada era-50an.
Allahyarhamah Saadiah telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2005 akibat penyakit kencing manis.
Pada zaman kegemilangannya, Saadiah atau nama sebenarnya, Satyah Baharum pernah digelar Ratu Box Office atas lakaran jaya filem-filem lakonannya bersama aktor hebat ketika itu seperti P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, S. Kadarisman dan ramai lagi.
Af-fatihah juga buat insan seni beragama Islam yang telah pergi mengadap Illahi.
Foto : Instagram Kak Ogy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI