Perasaan teruja menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinan bersama Hana Azraa, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Mokhtar Roshdi tidak sabar menanti detik terindah itu.

Sudah memasuki peringakat ketiga (third trimester) kehamilan iaitu 37 minggu, Abu teruja berkongsi video bayinya itu menerusi ultra sound 4D.

“Hari ni fly ke untuk bertugas sebagai pembimbing jemaah seramai 40 orang demi sesuap nasi dan hari ni juga cukup anak aku 37 minggu 2 hari. Alhamdulillah. Baki tinggal beberapa hari bersalin, aku serah segala urusan aku kepada kau ya Allah.

“UY tunggu abi balik ye? Jangan keluar dulu taw. Abi nak pastikan tangan abi adalah orang kedua yang sambut selepas doktor .Moga selamat semuanya sehingga ke waktunya dan agar semuanya dimudahkan Allah. Doakan yg baik2 ye guys,” tulisnya.

Ads

Sementara itu, menerusi Instagram Hana, dia turut meluahkan rasa gembira dan berkongsi video sama.

Dalam perkembangan lain, Abu kini sibuk bertugas sebagai pembimbing jemaah untuk ke Tanah Suci.

Difahamkan, Abu akan pulang ke tanah air dalam masa yang terdekat bagi menyambut kelahiran berkenaan.

Ads

View this post on Instagram

Jabal rahmah 💕

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

“Tangan Abi Orang Kedua Sambut Selepas Doktor,” – Kongsi Video Ultra Sound 4D, PU Abu Teruja Bakal Timang Anak Dengan Hana Azraa

Ads

Abu sebelum ini pernah berkahwin dengan Ain Afini dan menjatuhkan talak pada Mei 2019.

Hasil perkongsian itu, Ain dan Abu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adam Aysar yang kini berusia tujuh bulan.

Abu kemudian berkahwin dengan Hana Azraa yang merupakan ibu tunggal beranak satu.

Foto: Instagtam Pu Abu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI