Pelakon Ruhainies berkongsi video yang memaparkan bahagian lengannya yang bengkak akibat digigit monyet di set penggambaran, awal hari ini.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi Insta Stories itu, bapanya Zainul Ilyas dirakam sedang menyapu ubat pada bahagian berkenaan.
“Tangan bengkak kena gigit monkey kat set. Haha. Thank you dad letakkan ubat for me.
“You’re my first & forever love. I love you,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji hati.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sedangkan Ramai Lagi Wanita Lebih Seksi Di Media Sosial,” – Sajat Terkilan Jadi Mangsa, Ulas Isu Berbikini Di Media Sosial
Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat menjelaskan dia bukan melacur atau pun menjual diri di dalam sosial.
Sebaliknya, dia hanya berkongsi persalinan yang suka dipakai dan pada masa sama menghargai kecantikan yang dimiliki.
Perkara itu didedahkan penyanyi Makhluk Penggoda itu menerusi Harian Metro pada Rabu berhubung kecaman yang diterima susulan isunya yang memuat naik gambar dan video berbikini di Instagram mencetuskan kontroversi.
Tambahnya lagi, dia mempunyai hak untuk berpakaian sebegitu dan selesa untuk menjadi diri sendiri.
“Instagram saya gunakan untuk berkongsi kehidupan saya yang bukan hanya khusus untuk perniagaan semata-mata, malah saya suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta banyak lagi.
“Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya.
“Saya hanya menjadi diri sendiri dan janganlah hanya kerana imej seksi anda lupa kebaikan saya selama ini,” katanya seperti yang dipetik.
Sajat turut berharap individu yang menggesa dirinya diboikot tidak menghakiminya hanya kerana satu perkara yang dilakukan ketika ini.
“Saya tak faham apabila berpakaian macam ini semua nak boikot seolah-olah saya melakukan kesalahan yang sangat besar.
“Namun, apabila saya menghulurkan bantuan kepada orang miskin tiada siapa menyokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula.
“Kecantikan adalah sesuatu yang ‘universal’. Semua orang ingin berkongsi dan berpenampilan cantik, begitu juga dengan saya.
“Saya agak terkilan kerana saya menjadi mangsa mereka sedangkan ramai lagi wanita yang lebih seksi di media sosial. Di Malaysia video lucah juga boleh diakses dengan mudah dan di mana sahaja.
“Kenapa saya dihentam begini?” Jelasnya yang turut memohon maaf sekiranya ada mengguris hati mana-mana pihak kerana dia tiada niat untuk membangkitkan kemarahan ramai.
Jelasnya lagi, perkongsian foto itu juga tidak lebih untuk berkongsi keberkesanan produk yang dijual.
“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat nak bangkitkan kemarahan.
“Saya berkongsi gambar itu antara lain adalah berkongsi hasil yang saya peroleh daripada menggunakan produk yang saya jual,” akhirinya.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Salah Saya, Bukan Salah Kawan, Keluarga Atau Sesiapa,” – Ini Penjelasan Emma Maembong Isu Foto Tanpa Hijab Miripnya Tular
Selepas tersebarnya beberapa keping foto tanpa hijab yang dikatakan mirip kepada pelakon, Emma Maembong sejak awal hari ini, akhirnya pelakon Kimchi Untuk Awak secaea profesional tampil mengakui khilaf.
Pengakuan tersebut dibuatnya menerusi Instagram menerusi posting terkini. Berikut merupakan apa yang dikongsikan Emma;
“Salam semua. Sy nk mintak maaf atas salah sy lalai. Mmg salah sy. Bukan salah kawan, keluarga atau sapa2 jgn salah kan diorg sbb sy sendiri yg lalai.
“Maaf kan sy. Thank you kepada yg nasihat sy, dan yg marah yg kecewa atau sedih semua sy mintak maaf ya. Im sorry.
“Walaupon ramai ckp pergi mintak maaf dekat allah sy buat, dekat manusia pon still sy kene mintak maaf jgk kan.tak sempat sy nk reply comment satu2 byk sgt.
“But Thank you yg masih support dan yg positive. Love you guys so much. Im sorry again. Maaf kan saya,” tulisnya.
Semoga pengumuman maaf secara terbuka ini sedikit sebanyak boleh menjelaskan apa yang berlaku. Doakan yang baik-baik buat Emma.
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolonglah Jangan Bawa Anak Kecil Ke Tempat Supermarket,” – Haleeda
Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran kepada masyrakat dengan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara bermula 4 Mei yang lalu.
Penyanyi dan pelakon, Haleeda misalnya ada memberi nasihat kepada netizen supaya tidak bersikap sewenang-wenangnya melanggar arahan PKPB yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Malah, penyanyi berusia 43 tahun ini berharap penularan wabak Covid-19 ini berakhir secepat mungkin.
“As Salam duhai hati…hi,ada yg x tdo lagi? Akk berharap sgt, plssss.. sama2 kita bertanggungjwb atasi keadaan yg kita sdg hadapi ni ya..kita saja yg blh mengubah dgn kesungguhan mencegah dan sekaligus memutuskan rantaian virus ini… semoga dperkenankanNYA… “KESUNGGUHAN” itu penting.
“Semoga keadaan akn kembali pulih dan kita sama2 dapat menjemput rezeki dgn sebaiknya.. Fii Amanillah, love & Smile.
P/S:Tlglahhhhh jgn bawa anak2 kecil ke tmpt supermarket.. atau tmpt yg akn menjadi tumpuan.
“Bukan sekarang.. bukan sekarang ya.. Jagalah keselamatan insan yg kita sayangi dan sayangilah diri kita,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by HALEEDA🎤🎼🎬 (@haleedamazlin) on
Sekadar informasi, Haleeda atau nama penuhnya Haleeda Mazlin merupakan seorang penyanyi yang dikenali sekitar tahun 1991.
Foto: Instagram Haleeda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI