Aktor, Syafiq Kyle menyifatkan babak paling mencabar di dalam filem Takluk: Lahad Datu adalah ketika dia harus memberikan kata-kata semangat kepada anggota pasukan khas komando polis, VAT 69 yang sebenar.
Menurut Syafiq, anggota VAT 69 turut ikut serta di dalam penggambaran jadi, mereka mahukan babak tersebut dilakukan dengan betul dan mampu memberi kesan yang mendalam.
“Ada satu babak di dalam filem ini yang saya kena bagi kata-kata semangat. Jadi, cabaran terbesar saya adalah macam mana saya nak bagi kata-kata semangat bila di hadapan saya itu adalah VAT 69 Komando yang sebenar.
“Para pelakon hanya dibarisan pertama sahaja. Selebihnya dan sehingga baris ke belakang, adalah polis komando yang betul.
“Kalau saya tidak betul-betul memberikan semangat, mereka tidak akan terima babak ini. Mereka akan terus kata lakonan saya tiada jiwa,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, demi menjayakan babak tersebut, dia telah membuat rujukan dengan wakil komando untuk mengetahui intonasi dan lenggok bahasa yang betul.
Ads
“Saya berlatih dialog dan babak tersebut dengan mereka seperti mana yang mereka lakukan di pusat latihan sebenar.
“Sebelum memulakan penggambaran, saya bertanya kepada mereka, adakah cara percakapan saya ini betul dan rasa hingga ke hati?
“Saya dapat banyak input daripada mereka dan ia sangat membantu saya. Perkara paling mencabar adalah untuk mengetuai pasukan VAT yang sebenar,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Syafiq akui mengalami pelbagai kecederaan namun, keterujaan ketika penggambaran membuatkan dirinya lupa akan rasa sakit.
“Sepanjang latihan dan penggambaran, kami bersama dengan pihak VAT 69 selama hampir dua bulan. Mereka pantau setiap latihan dan cara penggambaran.
Ads
“Memang banyak kali juga saya cedera terutamanya ketika melakonkan adegan perang. Kami pakai peralatan komando yang sebenar dan kesemuanya adalah besi.
“Bila mulakan penggambaran, saya kena reload senjata dalam keadaan pantas. Jari saya memang hancur. Namun, pada saya kecederaan seperti ini adalah biasa.
“Kita tak rasa pun masa shooting. Kalau tak cedera, kita tak buat cerita kepolisian ini,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan Zulkarnain Azhar ini telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 22 Ogos lalu.
Selain Syafiq Kyle, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Kamal Adli, Eman Manan dan Fikry Ibrahim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi mengenai permintaan anak lelakinya yang mahukan adik perempuan lagi.
Ini kerana, anaknya itu rasa kasihan apabila adik bongsunya tidak ada kawan perempuan untuk bermain bersama.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu menerusi Instagram, baru-baru ini.
“Anak bujang mummy @awishzarisz. Dia org request. Boleh tak mummy bagi 1 lagi girl sbb nanti ada yang boleh layan main pondok2 dgn @mikayladelishahakim,” tulisnya ringkas sambil memberikan kredit.
Ternyata, apa yang diceritakan Memey mendapat perhatian wargamaya dan ada yang turut meninggalkan reaksi masing-masing.
Terdahulu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Membawa watak sebagai Siti dalam filem seram terkini, Dendam Pontianak, Shenty Feziliana mengakui pada awalnya dia ragu-ragu apabila diminta melakonkan babak intim bersama Remy Ishak.
Namun akur dengan kepentingan babak tersebut yang disifatkan sebagai pemangkin utama kepada kebangkitan dendam Pontianak iaitu Mina lakonan Nur Fazura.
“Waktu pertama kali mendapat skrip, saya mulanya agak terkejut dengan babak itu.
“Memang agak risau dan saya telah berbincang dengan penerbit untuk mengetahui sejauh mana seriusnya babak ini.
“Tapi pihak produksi menjelaskan babak itu akan direalisasikan dengan trik kamera.
“Malah saya dan Remy juga telah berbincang untuk menetapkan batasan antara kami berdua. Sebelum ini hubungan kami sebagai rakan artis ibarat abang dan adik, jadi tiada rasa kekok dan masing-masing melakukan tugas dengan profesional.
“Babak ini sangat penting kerana ia yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan pontianak,” ulasnya ketika ditemui pada Tayangan Perdana Dendam Pontinanak di Cineplexes Damansara, eCurve.
Akur dengan stigma masyarakat, kata pelakon dari Singapura ini, dia sedia menerima kritikan penonton, namun berharap agar mereka memahami tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.
“Saya tahu batasan diri. Asalkan kami berdua selesa jadi tiada masalah dengan babak itu.
“Semuanya untuk menghidupkan jalan cerita,” jelasnya lagi.
Dendam Pontianak merupakan sebuah filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap yang berkisar pada zaman 60-an dan bakal menemui penonton bermula 12 September ini. Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan dendam Pontianak.
Antara barisan pelakon lain yang turut terlibat adalah Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid dan Namron.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Seri Datin Zizie Izette memaklumkan dia kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di Kota Kinabalu, selepas berada di Sandakan, Sabah.
Ini kerana, bintang cantik ini turut turun padang bagi memberikan sokongan terhadap suaminya yang juga ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 (PRU Sabah) baru-baru ini.
Menerusi laman media sosial Instagram minggu lalu, Zizie menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan sudah pun selesai.
“Bila balik dari Sandakan, kalau tak naik 2 3 kilo tu mmg tak sah!
“Semua urusan sudah pun selesai dgn aman, skrg ni kami anak beranak semua masih menetap di Kota Kinabalu. Quarantine di rumah.
“Tunggu dah reda2 dulu baru lah kami balik KL. Ada siapa2 kat KK ni nak buatkan saya dessert sedap2 tak? #alangalangdahgemok #balikkldietbalik,” tulisnya.
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Selepas itu, Zizie menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Alisa Bella Izette pada 1 Mac 2019.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...