Menyedari ada di antara netizen banyak memperkatakan mengenai keadaan fizikal bentuk hidungnya, pelakon Lana Nodin tampil menjelaskan keraguan.
Bintang itu mengakui, dia ada melakukan pembedahan di bahagian tersebut atas sebab tertentu.
Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 42, berkata, dia terpaksa melakukan pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika di zamanpersekolahan.
“Hidung saya senget sampai sekarang.Orang tanya kenapa buat hidung ke?Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung… patah dah lama dah.
“Sebenarnya ini peribadi saya yang tidak perlu cerita pun tapi sibuk nak tahu.Korang pun dah banyak buat dosa kering. Masa saya sekolah, saya accident.
“Masa itu balik kampung Felda, yang tanah merah-merah tu.Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkur.Hidung berdarah, patah.
Ads
“Sejak dari itu, hidung saya memang senget.Kena pakai besi untuk beberapa tahun.
“Lepas itu disarankan buka dan saya buka, letak plastik. Bila kita tukar rhinoplasty ini, ada jangka hayat.Lima, enam tahun… 10 tahun kena tukar.
“Jadi saya tukar supaya hidung tak bernanah. Pakai tulang telinga. Apa lagi yang korang nak tahu?” katanya.
Menerusi video berdurasi lebih 18 minit itu lagi, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menasihati netizen agar sentiasa bersangka baik dan tidak menyimpan prasangka buruk pada seseorang.
“Manusia ini, maaf cakaplah, orang Melayu hati tak pernah bersih. Ada sahaja bersangka buruk, cubalah bersangka baik… sebab apa hati dah terlalu hitam.
“Cuba bersangka baik, hati kita bersih.Kau tak tahu apa cerita aku, kau sibuk nak tahu,” katanya lagi.
Ads
Sekadar info, Lana mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacukan Amerika Syarikat-Filipina, David McKienzie atau nama Islamnya, Daud McKienzie, 43, pada 15 Mei 2015.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Gia Quinn McKienzie, 6, dan William Daud McKienzie yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lana Nodin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sering kali dikritik netizen disebabkan tubuh badannya, pelakon Datin Almy Nadia mengakui pernah merasa sedih berikutan hal tersebut.
Namun, sekarang menurut Almy atau nama sebenar, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 37, dia sudah berasa lali dengan kutukan-kutukan yang diterima dan enggan terlalu memikirkan tentang perkara tersebut.
“Perasaan masa orang memperkatakan tentang bentuk badan saya ketika saya lepas melahirkan anak yang pertama memang sedih, tetapi tahun-tahun selepas itu, saya tidak ada perasaan (sedih) itu.
“Yang ada hanya happy sebab saya dikurniakan suami yang happy. Suami yang membahagiakan isteri, keluarga dan saya memang cukup gembira sehingga saya lupa orang nak kata apa pada saya,” katanya memetik video TikTok yang dikongsikan @keluarga.my.
Selain itu, Almy turut mengulas mengenai cakap-cakap ramai yang mengatakan imejnya seakan tidak setara dengan gelaran datin yang diterimanya.
Menurut isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz itu, dia merupakan seorang yang cukup bersederhana dalam segala hal selain ada perkara yang lebih penting perlu difikirkan berbanding imej dirinya sendiri.
“Kalau diikutkan dengan status, mungkin saya terlalu simple. Tapi saya dah ada misi dan kerjaya saya sendiri.
“Kerjaya saya maksudnya, saya dah bekerja dari jam 4.30 pagi sehingga 9 malam atau mungkin sehingga 12 malam (menguruskan anak-anak), itu kerjaya saya.
“Jadi sebab itulah, saya tidak kisah orang nak kata apa sahaja pun, mulut you all, pergi cari kat akhirat, masuk neraka,” katanya lagi.
Untuk info, Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz, 44, pada 26 April 2014.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 7, Nur Afrina Aurora, 6, dan Nur Afrina Ayra, 3, dan Nur Afrina Aisyah, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
A post shared by Atikah Suhaime (@therealatikahsuhaime) on Sep 14, 2019 at 7:12pm PDT
Dalam pada itu, peminat turut bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh bintang kelahiran kota Singapura.
Untuk rekod, Atikah pernah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Awi Rafael pada 22 Mac 2018 bagaimanapun pasangan ini telah memutuskan tali pertunangan pada 14 Mac 2019.
Foto : Instagram Atikah Suhaime
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azhar Osman mendedahkan kian beransur pulih daripada penyakit (Gastroesophageal Reflux Disease) GERD atau Asid Reflux yang dihadapi sejak awal tahun ini.
GERD yang juga dikenali sebagai Asid Refluks adalah keadaan dimana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.
Menurut Azhar, untuk melawan penyakit tersebut bukanlah mudah dan ia juga sedikit sebanyak telah menyebabkan dia hilang nikmat makan.
”Melawan penyakit GERD atau Asid Reflux sepanjang tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah buat saya. Sekarang saya beransur sembuh dan memasuki fasa pemulihan.
“Yang paling kecewa bila hilang nikmat makan. So, nasihat aku jangan kuat sangat makan pedas melampau-lampau.
“Anda tidak akan tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Jagalah usus anda. By the way, mind if I make a little comeback?” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Azhar lekas sembuh dan boleh memulakan perjalanan kariernya seperti biasa.
Terdahulu, Azhar sebelum ini pernah popular bersama grup duo, Azhael yang dianggotainya bersama, Hael Husaini sebelum masing-masing memilih untuk meneruskan kerjaya secara solo.
Sumber: Instagram Azhar Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...