Sebak apabila membaca perkongsian penyanyi dan bekas perserta Gegar Vaganza ke-5 (GV5) Linda Rafar apabila memaklumkan, tangan ibunya Rasimah Abdul Rahman terpaksa dipotong sampai bawah siku akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.

Linda memaklumkan berita tersebut menerusi Instagram, pada Rabu. Kongsinya, dia rasa sebak kerana tangan ibunya yang terkena gigitan serangga tiga bulan lalu terpaksa dipotong.

“Wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite @sashasaidin @tie_sadaliofficial @abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat.

“Kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda.

“Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku. Mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia,” tulisnya.

Ads

Pada masa sama, anggota kumpulan Elite itu turut meminta jasa baik ramai supaya terus mendoakan kesihatan ibunya yang berusia 73 tahun itu.

“Cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa. Linda syg mak linda sgt2. Love u mak,” kongsi Linda.

Ads

View this post on Instagram

Just wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite @sashasaidin @tie_sadaliofficial @abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat.. kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah ?..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda ? Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku???? ..mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia.. cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu ??.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa ?? .. linda syg mak linda sgt2 ? love u mak ? #prayforciknon

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Terdahulu, Linda turut meminta peminat agar menitipkan doa saat ibunya berada di bilik pembedahan.

Ads

“Doakan mak Linda masih dalam bilik bedah. Moga dipermudahkan dan diberikan kesembuhan, amin,” tulisnya.

“Tangan Mak Yang Kena Gigitan Serangga 3 Bulan Lepas Dipotong Sampai Bawah Siku,” – Linda Rafar

Kami di MH mendoakan semoga Linda sekeluarga tabah menghadapi ujian dariNya.

Foto: Instagram Linda Rafar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI