“Tangan Tu Memang Plan…,” – Kongsi Video Ramadan, Gelagat Wany Hasrita & Issey Jadi Perhatian, Ada Yang Suruh Kahwin!

Share

Sempena kedatangan Ramadan yang mulia, Issey bergandingan dengan Wany Hasrita menasihati netizen agar berpada-pada dalam berbelanja menerusi sebuah lagu.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila gaya tangan kedua-duanya, serentak seperti dirancang.

“Ni video ramadhan tahun lepas. Selamat berpuasa Dari issey dan @wanyhasrita ! .
Jangan membazir ok!
#gengissey
#jarangoyang
#ramadhan.”

Wany turut memberi reaksi di ruangan komen mempersoalkan bagaimana ianya berlaku.

“Kenapa tangan kita serentak?! Hahahaha selamat berpuasa issey!”

Dek keserasian itu, ada netizen yang turut mencadangkan agar kedua-duanya cepat berkahwin. Amboi netizen, macam-macam tau.

Apa yang penting, ambil panduan daripada lagu nasihat ini, jangan membazir dan hanya membeli ikut keperluan.

Foto : Instagram Issey, Wany Hasrita

Published by
Noraini Abd Wahab