Penyanyi senior, Datuk Aishah Ariffin mendedahkan dirinya sudah menjadi mangsa body shaming sejak usianya masih kecil.

Menurut Aishah, body shaming ini merupakan satu perbuatan yang kejam dan mampu memberi kesan buat kesihatan mental.

Tanggung Derita Body Shaming Sejak Kecil, Aishah Ariffin Teruja Sudah Boleh Pakai Baju Saiz ‘S’- “Sebab Itu Ada Yang Malas Nak Balik Kampung.”

“Saya menderita dengan isu body shaming ini sejak daripada kecil lagi. Saya dah lali. Jadi, bila berat badan saya dan menurun, saya kena berhati-hati ketika bercakap.

“Saya tak boleh kata badan kurus lebih baik daripada berisi. Saya tak kisah dengan pilihan masing-masing. Saya terpaksa menurunkan berat badan dan jalani pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan.

“Pada saya, body shaming satu perbuatan yang sangat kejam. Bayangkan daripada kecil seseorang itu dah kena body shamming, mereka berkemungkinan akan berhadapan dengan masalah mental dan tekanan perasaan,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, tambah menyedihkan apabila sikap seperti ini sering kali ditunjukkan oleh ahli keluarga sendiri.

Ads

“Orang kita kena berhenti menegur fizikal orang lain. Disebabkan perkara seperti ini, ada sesetangah yang tidak mahu menghadiri acara keluarga.

“Ambil contoh anak lelaki saya, ketika masih kecil, badannya agak berisi. Ada pula yang mempersoalkan makanan yang diberikan ibu bapa. Siap kata badan anak saya terlalu besar.

“Saya pernah kena secara bersemuka di hadapan orang ramai. Dia minta orang nasihatkan saya untuk kuruskan badan sebab terlalu gemuk. Bayangkan sendiri perasaan kita di hadapan orang ramai itu. Saya rasa teruk sangat.

“Saya tak tahu kalau perkara ini dah menjadi budaya di negara kita. Saya menetap lama di luar negara dan isu body shamming ini sangat sensitif,” ulasnya lagi.

Ads

Tanggung Derita Body Shaming Sejak Kecil, Aishah Ariffin Teruja Sudah Boleh Pakai Baju Saiz ‘S’- “Sebab Itu Ada Yang Malas Nak Balik Kampung.”

Penyanyi lagu Janji Manismu itu berkata sedemikian ketika majlis sidang media Program Berbuka Puasa Bersama Datuk Aishah dan Ezad Lazim baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aishah akui perubahan berat badannya ketika ini sememangnya menjadi motivasi buat dirinya untuk terus mengamalkan budaya hidup sihat.

Ads

“Saya agak seronok kerana sekarang ini saya lebih mudah nak membeli baju baru. Hanya orang berbadan besar sahaja tahu macam mana rasanya bila nak beli baju tapi tiada saiz.

“Kini saya dah muat baju saiz ‘s’. Baju-baju lama saya terpaksa disedekahkan. Ramai mangsa banjir yang dapat baju saya. Saya pun ada beri kawan-kawan. Semuanya hampir 20 beg. Itu belum masuk baju-baju show lagi.

“Kini saya boleh pakai baju kurung kebaya. Dulu saya selalu berdoa agar saya dapat pakai baju kebaya. Kini ada pula jenama yang nak menaja saya baju kebaya. Saya gembira sangat,” akhirinya.

Terdahulu, tiket bagi program buka puasa bersama Aishah dan Ezad Lazim kini sudah mula dijual secara individu dan meja bermula minggu ini.

Malah, 15 peratus daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan buat Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khatijah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI