Sekeping foto dengan hidangan berbuka penuh di atas meja, suami kepada Jojie Aminuddin meluahkan penghargaan isteri atas usaha menyediakan makanan berbuka.
Namun dia menjelaskan tidak menggalakkan isteri kesayangan memasak atau melakukan tugasan rumah sejak hari pertama perkahwinan kerana ia adalah tugas suami.
“Sejujurnya saya tidak menggalakkan isteri kesayangan saya @JojieAminuddin untuk memasak atau melakukan kerja rumah sejak hari pertama perkahwinan. Tanggungjawab suami bukan? ? Tetapi semalam saya terima mesej Whatsapp, makanan berbuka puasa sudah siap sepenuhnya.
“Alhamdulillah sedap sehingga saya menambah nambah manakala @YangMaryam pula berbuka puasa dengan makanan kegemarannya Spaghetti Bolognese. Puan @JojieAminuddin terima kasih ya.
“Tiada apa yang saya pinta, cukup dengan kebahagiaan ini Alhamdulillah ? (Orang didalam gambar bukan isteri saya, harap maklum,” tulisnya.
Jojie yang juga merupakan kakak dan pengurus kepada Ratu Rock Negara, Ella bernikah dengan Syahrizal Ismail yang 14 tahun lebih muda daripadanya pada 5 Jun 2015.
Pasangan ini kemudiannya mengambil anak angkat, Maryam Syahrizal selepas dua tahun berkahwin.
Beruntunglah bagi isteri yang memiliki lelaki yang memahami dan tahu tanggungjawab sebagai seorang suami.
Foto : Instagram Jojie Aminuddin & Syahrizal Ismail