Sudah seminggu berada di kampung halaman isteri di Perlis, tiba masanya pasangan pengantin baru Sarah Hildebrand dan suaminya, Otto Gillen pulang ke Kuala Lumpur.
Malah, Otto,26, gembira kerana sepanjang berada di sana, dia berpeluang melakukan aktiviti perkampungan seperti memancing, bercucuk tanam dan sebagainya.
Terdahulu, Sarah, 29, sah bergelar isteri kepada Otto yang juga seorang pelukis dengan sekali lafaz pada 3 November lalu di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.
Difahamkan, pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari meski sudah saling mengenali sejak sekian lama.
Foto : Instagram Sarah, Otto
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zarina Zainuddin menyokong keputusan pelawak dan penyampai radio, Shuib untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Zarina menyatakan sokongannya menerusi ruangan komen satu portal berita yang menyiarkan artikel tentang perancangan Shuib untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
“Biarlah orang tu nak kahwin, dia lelaki mana boleh tahan lama-lama. Kesian dia.
“Maid boleh cari dan jaga anak-anak. Dia pun nak bahagia juga, takkan nak murung sepanjang hidup,” tulis Zarina.
Terdahulu, Shuib pernah meluahkan kekesalannya di atas sikap segelintir netizen yang sehingga kini seolah-olah tidak berpuas hati dengan hubungan rapatnya bersama Watie.
Menurut Shuib, hubungan mereka mendapat restu daripada ibunya malah menyifatkan Watie mempunyai sikap penyayang sama seperti arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
“Dia seorang insan yang boleh diharap, penyayang, penyabar serta wanita yang dapat menerima saya seadanya,” kata Shuib.
Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah.
Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, model dan pempengaruh media sosial, Farah Mendoza tidak menafikan pernah menjalani prosedur kecantikan pada bahagian wajah dan tidak mahu hipokrit terhadap pengikutnya di media sosial.
Farah yang sinonim disapa FM berkata, dia memilih untuk bersikap terbuka terutamanya di dalam hal yang berkaitan dengan kecantikan.
“Saya tak mahu jadi ‘fake’. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial.
“Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya. Biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung (Rhinoplasty), bibir apa semua.
“Lagi pula saya memang seorang yang suka berkongsi. Kalau orang tanya saya akan cakap benda yang betul. Lebih bersikap terbuka untuk berbuat demikian.
“Saya beginilah… Kalau tak suka, saya akan cakap tak suka dan begitu juga sebaliknya,” katanya kepada MH.
Farah berkata demikian ketika ditemui di majlis A Night With Rozita Che Wan, di Glam Hall Damansara, pada Jumaat.
Sebagai wanita bekerjaya yang sering bertemu dengan ramai orang, Farah tidak menafikan penampilan meyakinkan menjadi keutamaan.
“Saya tak dapat nak anggarkan berapa kos rawatan kosmetik yang saya lakukan, cuma itulah kita sentiasa rasa nak cantik. Yang pasti setiap bulan saya memang sediakan peruntukan untuk penjagaan diri.
“Bagi saya kecantikan itu penting. Kita cantik bukanlah untuk nak dapatkan perhatian lelaki tapi adalah untuk kepuasan diri. Setelah kita penat berkerja, apa salahnya untuk kita manjakan diri sendiri pula.
“Tak kisahlah orang kata kalau dulu lain, ini memang diri saya,” katanya yang turut mengaku pernah melakukan rawatan mengecilkan rahang juga.
Dalam pada itu, Farah menjelaskan diri masih lagi aktif dalam dunia lakonan, namun lebih selektif susulan komitmennya terhadap perniagaan losyen pencerah yang diusahakan.
“Saya masih lagi berlakon sebenarnya. Kadang-kadang kalau rasa rindu nak berlakon barulah saya ambil tawaran. Tak adalah saya berhenti terus, cuma sekarang fokus itu lebih kepada bisnes produk sendiri, Awas.
“Malah saya baru sahaja selesai jalani penggambaran drama berjudul Topeng. Setakat ini mana tawaran yang saya rasa mampu untuk beri komitmen saya akan terima.
“Selebihnya saya ambil tawaran untuk buat riviu promosi di media sosial,” katanya lagi.
Pelakon Meerqeen bersyukur gembira apabila berada sebaris sebagai antara 100 Lelaki Terkacak Dunia 2022 oleh TC Candler.
Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, berkata, dia tidak menyangka rezeki yang diterimanya dalam kerjaya.
“Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah dengan apa yang sedang dinikmati hari ini. Berada dalam senarai 100 pun sudah membuatkan saya gembira dan berterima kasih kerana kehadiran saya dalam industri seni kian disedari.
“Alhamdulilah Saya Bersyukur Kepada Allah…,” – Antara 100 Lelaki Terkacak, Ini Ulas Meerqeen
“Sebagai lelaki, saya berterima kasih kepada TC Candler yang mengiktiraf saya antara 100 Lelaki Terkacak 2022 di dunia,” katanya.
Meerqeen turut terharu atas sokongan peminat yang tidak putus-putus menyokong meski dia masih baru dalam industri seni.
“Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada saya sejak mula menceburi bidang seni. Tanpa semua, siapalah saya.
“Semoga pengiktirafan ini akan memberikan lebih semangat kepada saya untuk bekerja dengan lebih keras pada masa hadapan,” katanya lagi.
Terdahulu, Anna Jobling yang menjadi heroinnya menerusi drama Melur Untuk Firdaus turut tercalon di dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022kategori lelaki.
Selain Meerqeen, turut berada di dalam pencalonan sama ialah Tom Hardy, Suga BTS, Charlie Puth, Jason Momoa dan ramai lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...