Tangmo Meninggal Dunia Disebabkan Lemas, Namun Wujud Pelbagai Teori Konspirasi Pelik

Share

Kes kematian selebriti popular Thailand, Tangmo atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong menjadi bualan hangat bukan sahaja di negaranya malahan menjadi tumpuan media serantau Asia.

Selain kerana dirinya yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model popular yang kerap menghiasi kaca televisyen, kecurigaan tentang bagaimana kematiannya terjadi menimbulkan tanda tanya kepada para peminat.

Dia yang dikatakan lemas setelah terjatuh dari bot laju yang dinaikinya di Sungai Chao Phraya pada Jumaat, 25 Februari ditemui dalam keadaan menyayat hati 38 jam kemudian. Paru-parunya di penuhi pasir dan terdapat kesan luka dalam pada kaki kirinya dipercayai terkena kipas bot laju.

Namun begitu, Panida Sirayutthayothinibu yang merupakan ibu kepada wanita berusia 37 tahun ini tidak percaya bahawa kematian anak perempuannya adalah akibat terjatuh secara tidak sengaja dari bot laju. Tangmo dikatakan terjatuh ketika ke bahagian belakang bot untuk membuang air kecil kerana tandas di atas bos tersebut tidak berfungsi.

Walau bagaimanapun, Panida mencurigai kenyataan tersebut. Ujarnya,”Tangmo adalah seorang bintang. Sukar untuk membayangkan dia pergi ke bahagian belakang bot untuk membuang air kecil.”

BACA JUGA: Cheslie Kryst, Miss USA 2019 Maut. Terjun Bangunan 60 Tingkat

Kini pihak polis Thailand telah mengeluarkan kenyataan setelah ujian forensik dilakukan. Mengikut keputusan yang diperolehi, Tangmo disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Menurut Pol Lt-Gen Jirapat Phumichit, pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Tangmo di dapati mengalami luka dalam pada kaki kirinya, mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada aktres itu terjatuh dari bot, atau ditolak. Beliau turut mendedahkan polis tidak percaya dengan kenyataan lima rakan yang berada di atas bot yang sama dengan selebriti tersebut.

Selain itu, pakar patologi di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis memberitahu media bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Tangmo telah membuang air kecil sebelum dia lemas, seperti yang didakwa rakan-rakannya berikutan keadaan mayat yang sudah berada lama di dalam air.

Pemilik dan pemandu bot laju yang membawa selebriti popular itu telah didakwa kerana cuai dan mengendalikan kapal yang tidak sah akibat kelewatan membayar cukai kapal. Polis pada malam Sabtu lalu secara rasmi telah mendakwa pemilik bot tersebut, Tanupat “Por” Lerttaweewit dan pemandu bot, Phaiboon “Robert” Trikanjananun.

BACA JUGA: Pelakon Kanak-Kanak Filem Danur Meninggal Dunia Pada Usia 12 Tahun

Ketika kejadian itu berlaku empat lagi individu lain yang berada di dalam bot tersebut ialah Idsarin “Gatick” Juthasuksawat, pengurus peribadi Tangmo; Wisapat “Sand” Manomairat, seorang lagi wanita; dan Nitas “Job” Kiratisoothisathorn.

Ketika ini berlegar-legar di ruangan media sosial konspirasi yang kononnya Tangmo dianiayai oleh rakan-rakannya. Walaupun begitu, warganet dinasihati tidak mempercayai sebarang khabar angin kerana kes tersebut masih di dalam siasatan pihak berkuasa.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: (1), (2), (3)

Published by
Fiezreen