Pelakon, Tania Hudson meluangkan masanya menggunakan aplikasi Question di laman Instagramnya, semalam.
Susulan itu, ada yang bertanyakan beberapa soalan, termasuk isu hubungan seperti poligami kepadanya.
“What say you about poligami?,” soal salah seorang individu itu.
“Tidak digalakkan mengikut nafsu & jika ia memudaratkan keadaan. Tanggungjawab yang sangat besar bagi seorang suami.
“Unless he is financially stable & very fair to both wives dalam segala segi kasih sayang, zahir & batin dan boleh membimbing isteri ke jalan yang benar,” balasnya pula.
Ads
Bagaimanapun, Tania memuat naik IG story lain menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang pakar dalam perhubungan.
“I’m not a relationship guru. Suddenly people ask me to advice about marriage and relationship.
“Please ask me more interesting question,” tulisnya lagi.
Ads
Pelakon filem KL Special Force itu juga dilihat turut membalas persoalan yang dipercayai berkaitan dengan kakaknya, Natasha Hudson yang dikatakan sudah pun mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
“Allah kata kalau kita aibkan orang, dia akan mendapat balasan dibuka aibnya balik. Ini mencerminkan moral itu sendiri moga mendapat hidayah,” tulisnya.
Ads
Dia juga sempat meminta maaf jika ada yang terasa dengan kata-katanya sebelum ini.
“Maafkan saya kalau terkasar bahasa & saya offended any of you. Lets just pray for eachother and and focus kat diri sendiri dan buat yang terbaik,” tulisnya.
Ends
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi sebuah video di Tik Tok yang memaparkan dirinya membeli sebiji tembikai Jepun di sebuah pasaraya.
Menurut Shuib, meskipun saiz tembikai tersebut tidak terlalu besar namun harganya mencecah RM149 sebiji.
“Hari ini beli barang dapur, sahaja gatal tangan nak merasa tembikai Jepun. Sebesar ini berharga RM149,” katanya.
Malah, menerusi video sama, Shuib turut berkongsi komen mengenai rasa buah tersebut.
“Memang dapat rasa manis buah dan rasa tembikai asli. Kulitnya juga terlalu nipis. Rasanya juga manis. Patutlah mahal.
“Memang sedap tapi tak boleh beli selalu. Sekarang nak merasa sahaja boleh la. Kalau ada rezeki lebih, boleh cuba beli,” katanya.
Bagaimanapun, video perkongsian Shuib itu dicemari komen sindiran daripada seorang individu yang mengatakan isterinya, Watie Hanifiah tidak akan berpeluang merasai buah tersebut sekiranya dia tidak berkahwin dengan Shuib.
Tidak lama selepas itu, Watie tampil memberikan reaksi balasnya terhadap komen individu tersebut.
“Betul. Kalau tak kahwin dengan suami, memang sampai hari ini,saya tak dapat merasa makan tembikai ini.
“Sebab saya tak pernah teringin tapi kalau memang saya teringin, In Sha Allah saya mampu beli walau saya cuma kaya budi bahasa,” balasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan sokongan terhadap Watie selain turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati bila berkata-kata.
“Sebab tu orang selaku cakap, lebih baik diam daripada bercakap perkara yang menyakiti orang.
“Hati-hati bila bercakap. Bila orang terasa, susah nak minta maaf dan susah nak dimaafkan.
“Penyakit hati ni. Bawa-bawalah muhasabah diri.
“Budi bahasa tu penting, baru orang minat,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Shuib itu telah meraih hampir 3 juta tontonan di Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, isu mengenai kadar bayaran yang dikenakan para pendakwah bebas masa kini menjadi antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial.
Ada mendakwa segelintir pendakwah mengenakan bayaran mencecah lima angka berdasarkan populariti dan reputasi sekiranya diundang untuk menghadiri majlis ilmu.
Mengulas mengenai isu tersebut, pelakon dan pengacara yang kini bergelar pendakwah bebas, Shamsul Ghau Ghau mempunyai pandangan yang berbeza.
Menurut Shamsul, bayaran yang dikenakan terhadap pendakwah ada kalanya disekat disebabkan tanggapan segelintir pihak yang merasakan usaha dakwah ini harus dilakukan dengan ikhlas semata.
“Nak dapat duit banyak, sudah tentulah bekerja dalam bidang seni. Nak lagi banyak, jadilah ahli politik atau orang bisnes.
“Namun, apabila berkecimpung di dalam bidang dakwah, mula-mula dahulu memang saya akan minta bayaran bila dapat jemputan ceramah. Kadang kala orang kita ini macam tak faham.
“Mereka ingat saya ni makan pasir ke? Bila tak letak harga, lain pula jadi. Padahal wang tersebut bukan milik mereka pun. Ia merupakan duit jemaah atau masjid,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Shamsul atau lebih mesra disapa Pak Su berharap agar semua pihak dapat membuka mata dan lebih menghargai usaha para pendakwah demi menyampaikan ilmu.
“Apa salahnya letak bayaran setimpal. Ada kalanya pendakwah ini perlu buat sesuatu untuk menampung kos perjalanan. Macam saya, saya jual kerepek di majlis ilmu. Dibuatnya dapat RM50, apa saya nak buat?
“Situasi ini pernah terjadi. Kalau ikutkan, duit minyak, tol dan penat lelah pun tak lepas. Saya ada pembantu peribadi untuk tolong saya bila penat memandu. Kalau dapat RM50, berapa nak bagi dekat dia?
“Mereka ingat buat kerja tuhan ini tak perlu bayaran banyak. Saya perlu letak satu jumlah dan dari situ kita berbincang. Jika kita manfaatkan duit masjid, pahala itu akan mengalir.
“Saya akan guna wang tersebut untuk beri keluarga makan dan bayar pelajaran anak. Pahala itu akan terus berpanjangan,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan lawak popular, Senario ini mededahkan dirinya akan tetap berusaha memenuhi setiap undangan ceramah walaupun menerima bayaran yang agak rendah.
“Apapun yang berlaku, saya akan tetap berbalik kepada Allah. Kadang kala orang bagi RM200 pun saya akan terima juga.
“Jika jadual saya lapang, saya akan pergi. Setidaknya RM200 itu boleh buat belanja sekolah anak. Kalau ada apa-apa nak luah, cakap sahaja dengan Tuhan.
“Dia pasti mendengar. Kita akan dapat jawapan daripada gerak hati atau Dia akan buka laluan buat kita,” akhirinya.
Sebelum ini, Shamsul mendedahkan dirinya telah berhabis lebih RM300,000 serta menjual rumah dan kereta sepanjang 10 tahun meninggalkann dunia seni untuk mendalami ilmu Al-Quran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!