
Menerusi entri terbaru pengacara popular Fedtri Yahya, dia membawa berita duka apabila anak sulung tukang jahitnya, Yann Yanti meninggal dunia dalam kemalangan.
Menurutnya lagi menerusi Instagram, wanita itu begitu teruja menjahitkan baju sempena Kemerdekaan buat keempat-empat anaknya.
Bagaimanapun tanpa diduga, beberapa hati selepas itu, anaknya mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
“Sebelum ini kak @yann_yanti begitu teruja jahitkan baju Sutera, Arjuna, Inaara & Mevlana untuk merdeka. Baru beberapa hari lalu, dalam kegembiraan dan tanpa diduga anak sulungnya kemalangan dan meninggal dunia.
“Moga tabah dengan ujian ini. Moga Allah kurniakan redha dan syurga. Al Fatihah,” kongsi Fedtri.
View this post on InstagramA post shared by 🅰🅷🅼🅰🅳 🅵🅴🅳🆃🆁🅸 🆈🅰🅷🆈🅰 (@fedtriyahya) on
Takziah dan Al-Fatihah buat yang telah pergi meninggalkan kita.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penilaian Saya Berbeza Dengan Yang Lain Mengikut Pengalaman Saya,” – Tok Ti Ulas Pemberian Markah Dibuat Secara ‘Live Marking’

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berada di posisi juri tetap Big Stage 2022 bersama komposer Ajai menjelaskan mengenai konsep penjurian terbaharu bagi program hiburan berkenaan.
Menurut Siti, barisan juri termasuk juri jemputan mempunyai kesempatan untuk menukar turun naik markah bagi setiap peserta sejurus persembahan.
Mekanisme tersebut dilakukan sehinggalah markah muktamad yang tertera ‘dikunci.’
“Di Big stage, konsep penjurian baru bila para juri diberi peluang untuk menukar markah mereka ikut tempoh persembahan peserta sehingga lah kita ‘lock’ markah terakhir.
“Mereka nak penonton lihat turun naik pemarkahan yang dibuat. Saya pula biasanya lepas ambil kira komen juri-juri yang lain akan terjadilah pertukaran di saat akhir,” jelas Siti dalam satu hantaran yang dikongsi di Instagram.
Tampil memberikan pencerahan, penyanyi lagu Anta Permana ini turut berkongsikan video kandid ketika sesi pemarkahan dilakukan.
Malah Siti turut mengakui penilaiannya mungkin berbeza di antara barisan panel juri lain dan ia berdasarkan kepada pengalamannya dalam dunia seni.
“Ni la keadaan bila nak kena ‘lock’ markah terakhir tu. Bukan senang ye, ambil kira setiap sudut.
“Penilaian saya berbeza dengan yang lain mengikut pengalaman saya. Semoga peserta semua terus tingkatkan kualiti nyanyian & persembahan untuk minggu seterusnya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Selain Siti Nurhaliza dan Ajai, juri pedas dan presiden netizen masih diisi penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sementara Aina Aibdul diundang selaku juri jemputan, Ahad lalu.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setakat Komen Biasa Okey Lagi Tapi Bila Ada Yang Menuduh Saya Bermaksiat…,” – Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana akui kesal dengan tindakan seorang pengguna Facebook yang menuduhnya melakukan maksiat sehingga nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu.
Menurut Puteri Sarah, peguamnya bakal menghantar Letter Of Demand (LOD) kepada individu berkenaan meski dikatakan dia sudah menukar nama dan gambar profil akaun media sosial miliknya itu.
“Dua hari lalu keluar cerita fasal bekas suami dengan isterinya. Saya tak kisah pun mengenai artikel itu tapi kadangkala ada pengguna platform Facebook yang seolah-olah begitu tersakiti dan menyimpan dendam dengan saya.
“Malah masih ada yang nak kaitkan nama saya sedangkan sudah setahun saya bercerai dan ‘move on’. Jadi tak perlulah nak kaitkan saya dengan pihak sana lagi.
“Setakat komen biasa saya okey lagi tapi bila ada yang menuduh saya bermaksiat saya tidak boleh terima. Saya rasa tuduhan yang dibuat agak melampau.
“Akaun itu pun tak berani tunjuk wajah atau nama sebenar, jadi saya ambil langkah mengantar mesej peribadi dan individu itu terus menukar gambar profil Facebook serta nama,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini menambah, dia meminta peguamnya itu untuk menghantar LOD kepada individu tersebut bukan sekadar menuntut permohonan maaf sebaliknya menjadi pengajaran kepada orang luar supaya berhati-hati ketika meninggalkan komen di media sosial.
“Saya ingin kejadian ini menjadi pengajaran kepada individu itu termasuk golongan lelaki yang mempunyai akaun Facebook supaya jangan terlalu melampau atau berdendam atas kejadian yang sudah terjadi setahun lalu.
“Bukannya saya bercerai dengan anda pun? Urusan saya dan bekas suami sudah lama selesai tapi kenapa anda masih tak puas hati dengan saya?
“Jadi tak perlu nak sindir atau tak puas hati tak tentu fasal. Kalau nak komen itu biarlah berhemah, jangan tiba-tiba nak hentam saya. Kadang mereka ini lupa diri bila meninggalkan komen,” katanya lagi.
Terdahulu Puteri Sarah memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menuduhnya melakukan maksiat atau bersekedudukan.
Puteri Sarah memaklumkan dia sudah mengesan individu berkenaan dan tindakan susulan peguamnya yang akan menghantar Letter Of Demand (LOD).
Sebelum ini, pelakon terbabit sudah mengheret beberapa individu ke mahkamah atas dakwaan fitnah termasuk seorang wanita membabitkan saman mencecah RM1 juta.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lebih 10 Tahun Saya Tinggalkan Al-Quran,” – Keinginan Baca Ayat Suci Makin Tinggi, Sasha Abdul Aziz Mahu Belajar, Pohon Doa

Bintang Instagram yang juga usahawan, Sasha Abdul Aziz ada berkongsi sepotong video yang merakamkan dirinya sedang membaca ayat suci al-Quran.
Sambil mengakui dia sudah lama meninggalkan kitab suci, namun ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak menafikan sejak kebelakangan ini, keinginannya untuk kembali mengalunkan ayat suci kian tinggi.
“More than 10 years saya tinggalkan Al-Quran. Trust me when i wanna upload this i was thinking 10 times before i nk upload.
“Bukan nk show off but i nk share it took me a while utk belajar balik membaca.
Tak tahu kenapa recently keinginan nk baca Al-quran tu tinggi sgt.
“I bukan perfect and still banyak nk belajar. But now that i have a beautiful family, ibu bapa yg masih sihat, ade kerjaya, anak yang sihat, suami yg baik kenapa i xbole slowly berubah?,” tulisnya jujur.
Dia pada masa sama turut meminta ramai agar terus mendoakankan agar dirinya menjadi insan yang lebih baik.
“Today is my first day learning Al-quran. Rasa mcm back to basic. Slowly but i really hope one day i akn baca dgn lancar! Doakan saya utk terus berubah!
“And you are all in my prayers. Can’t wait for my second lesson! #imnotperfect #imtryinghere #dontjudgeme #slowlybutsurel,” titipnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Sasha aziz (@sashaabdulaziz) on
Serentak dengan perkongsian positif itu, rata-rata pengikut termasuk rakan baiknya memuji pendirian Sasha sambil mendoakan yang terbaik buatnya.
Terdahulu, posting berkenaan sudah pun mendapat tontonan hampir 150,000 setakat ini dengan ribuan reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen.
Foto: Instagram Sasha Abdul Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI