Lagu Setanggi Syurga yang pernah dinyanyikan kumpulan nasyid, InTeam lebih 16 tahun lalu kini dirakamkan semula dengan nafas baru yang lebih segar.
Versi baru single yang pernah dimuatkan menerusi album kumpulan berkenaan, In-Team ‘04 itu turut menampilkan penyanyi popular, Khai Bahar.
Kini disebut sebagai Setanggi Syurga 2020, syarikat rakaman 17Eleven Music bakal melancarkan Setanggi Syurga 2020 pada 21 April lalu bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Muhammad Hazamin Harun yang juga anggota kumpulan Inteam berkata, kerjasama dengan Khai tercetus selepas kejayaan lagu Sesungguhnya, iaitu kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar tahun lalu.
“Selepas lagu Sesungguhnya kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar meletup pada Ramadan tahun lalu sehingga tular, kami melihat masih ramai sebenarnya yang merindui alunan lagu nasyid.
“Ditambah pula dengan kolaborasi lama dan baru menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan kepada peminat ketika ini.
“Maka dari situ kami mula merancang untuk membuat kolaborasi sedemikian. Disebabkan lagu ini mahu dilancarkan pada bulan Ramadan, jadi kami perlu mencari lagu yang paling sesuai,” katanya.
Menurut Hazamin, lagu Setanggi Syurga berbentuk munajat dan berkaitan dengan syurga.
”Memandangkan kami bercadang melancarkan kolaborasi ini pada bulan Ramadan, jadi kami memilih lagu berbentuk munajat dan berkaitan dengan Syurga ini.
“Kebetulan pula kami pernah melihat video Khai Bahar menyanyikan lagu ini dalam persembahan,” katanya.
Mengenai pemilihan Khai, Hazamin berkata penyanyi lagu HatiNyawa itu mempunyai karektor suara unik selain imej positif yang dimiliki.
Ads
“Kami melihat Khai kerana dia penyanyi yang berpewatakan sangat baik dan berimej positif. Tambahan pula dia banyak menyanyikan lagu ketuhanan.
“Dalam masa sama, Khai memang meminati lagu Inteam dan pernah membawa lagu kami dalam persembahan. Pendek kata, Khai sudah faham dan tahu mengenai lagu Inteam,” katanya.
Berbeza daripada lagu asal, Setanggi Syurga 2020 menampilkan susunan muzik dan cara nyanyian yang lebih matang.
“Lagu Setanggi Syurga 2020 ini menampilkan kelainan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian juga. Muzik kali ini banyak menampilkan instrumen ‘live’ dan lebih bersifat akustik berbanding yang terdahulu. Susunan muzik dan cara nyanyian juga lebih ‘catchy’ dan matang.
”Insya-Allah, kami yakin lagu ini akan pergi jauh dan mendapat tempat dalam kalangan peminat Inteam dan Khai bahkan penggemar industri muzik tanah air keseluruhannya.
“Ini kerana lagu ini ada kekuatan tersendiri, ciptaan gandingan mantap komposer Isman Hijjaz dan penulis lirik Ito Lara yang pernah menghasilkan banyak lagu nasyid popular era hujung 90-an dan awal 2000,” katanya.
Ads
Dalam masa sama, Hazamin berkongsi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang tidak menghalang mereka untuk terus mempromosikan lagu itu.
”Insya-Allah, kami akan menggunakan segala ruang yang di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.
“Kami juga akan mengadakan sesi siaran langsung di IG sempena pelancaran lagu di media sosial untuk merancakkan lagi promosi lagu ini.
“Selain itu, kami juga mungkin akan merakam video nyanyian lagu ini dalam versi PKP yang akan dirakam di rumah masing-masing,” katanya.
Selain Hazamin, Inteam turut dianggotai oleh
Mohd Syahril Abd Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.
Sementara itu, Khai pula menambah, dia teruja apabila pertama kali mendapat tawaran daripada Inteam sekali gus tanpa berfikir panjang menerima pelawaan itu.
Ads
“Pihak Inteam ‘approach’ saya dan sangat teruja. Tanpa fikir panjang saya terus terima. Kebetulan saya memang nak berkolaborasi dengan kumpulan nasyid antaranya Inteam. Terima kasih pada Inteam kerana beri saya peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama.
“Sebelum ini, kami belum pernah bekerjasama. Kiranya, lagu ini adalah kerjasama pertama kami. Memang sangat teruja dan harap semua dapat terima dengan baik,” katanya.
Mengenai lagu itu, Khai mengakui Setanggi Syurga ada lagu kegemarannya.
“Ramai sudah tahu lagu ini. Ia sedap didengar dan antara lagu kegemaran peminat lagu nasyid dari dahulu sampai sekarang.
“Malah, ia juga lagu kegemaran saya. Jadi, bagi saya kenapa tidak untuk rakamkan lagu ini tapi dengan versi yang lebih segar,” akui Khai.
Menyentuh soal perbandingan yang bakal timbul membabitkan kolaborasi dirinya bersama Inteam dengan Raihan dan Alif Satar, Khai berkata perkara itu tidak seharusnya timbul.
“Saya sudah bersedia dengan apa juga maklum balas. Cuma bagi saya, tidak perlu dibandingkan.
“Sebab, untuk lagu sedia ada, yang sedap dan pernah dengar, jika diberi nafas baru ia akan menjadi satu kelainan. Jadi bagi saya, tak rasa akan ada isu perbandingan ini,” katanya.
Terdahulu, muzik video lagu Setanggi Syurga 2020 telah dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada Selasa.
https://youtu.be/yomFDefkxE0
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Ramli MS selaku juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berpendapat persembahan meyakinkan menerusi segmen solo dan duet menjadi kelebihan buat Aliff Aziz sehingga diumumkan sebagai juara GV musim terbaru.
Bagaimanapun menurut Ramli, persembahan ‘battle’ di antara pemenang tempat kedua dan ketiga (Nikki Pakikat dan Suki Low) lebih menyerlah, berbanding gandingan Aliff dan Aweera.
“Dia menang dekat segmen solo dan duet, meski pada pusingan ‘battle’ dia tak boleh lawan gandingan Nikki dan Suki. Mereka punya ‘battle’ sangat bagus, tapi mereka kalah pada Aliff untuk solo dan juga duet,” katanya.
Berkongsi lanjut, maestro muzik itu mengakui memberikan markah tinggi menerusi persembahan harmoni yang dibawa Nikki dan Suki.
“Memang saya sangat suka mereka punya ‘battle’ tadi. Tak nampak macam ‘battle’, ia kolaborasi seperti grup. Akan tetapi mereka masih ‘fight’ sesama mereka. ‘Silaturahim’ itu dalam good tv dari sudut positif… ada.
“Memang saya beri markah yang sangat tinggi. Cuma bukan kepada sesi solo dan duet. Bagi saya, Aliff persembahkan lebih baik,”katanya.
Terdahulu, Aliff dan Aweera diberi tugasan ‘battle’ menerusi lagu Budak Flat yang dipopularkan oleh Aman Ra sementara Nikki dan Suki mendendangkan lagu Gangnam Style (PSY).
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Aliff memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus, sementara Nikki dan Suki masing-masing meraih 81.26 dan 77.91 peratus.
Tempat keempat disandang Adibah Noor menerusi 67.25 peratus manakala Azan Scan menduduki tangga kelima iaitu dengan 64.04 peratus, diikuti Aweera sebanyak 63.90 peratus.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fazren Rafi berkongsi kata-kata yang masih terngiang di telinga apabila arwah ibu samakan dirinya seperti arwah Abam.
Jelas Fazren, pada mulanya dia tidak memahami apa maksud yang tersirat cuba disampaikan, namun apabila si ibu menjelaskan kasih sayang yang ditunjukkan Fazren serupa seperti arwah Abam, dia mengakui rasa puas dan bangga apabila mendapat pengiktirafan sebegitu daripada ibu.
“Mama tgk adik nie sama mcm abam.. eh dah knp mama samakan faz dgn abam.. lepas chemo kt sjmc faz bawak mama faz pergi makan kt restoran jaring.
“Masa turun dr kereta faz papah mama dpn dominos pizza nk masuk restoran dia keluar tue ayat ‘adik nie mcm abam’.. faz senyum je x berapa faham masa tue abam baru meninggal dlm seminggu lebih.
“Dah settle mkn semua dlm kereta dia sambung lg.. mama tgk interview abam mcmana abam syg sgt mak dia so dia terbayang abam tue faz.. sejuk hati faz dengar hidung pun kembang semangkuk ini antara ayat yg faz xkn lupa sampai bila2 alhamdullillah sgt2 dpt dgr dr mulut mama.
“Rasa puas, rasa bangga, rasa riak pun ada, tp satu je silap faz x ckp balik mama pun anugerahterbaik dlm hidup faz walau faz x bgtahu mama harap sgt mama dpt rasa dr perbuatan faz insyaaAllah.. faz rasa seronok dpt serve mama sepanjang mama sakit.
“Rezeki dr Allah bg kt faz yg mana x ramai yg dpt, rezeki bersedia bakal hidup tanpa mama.. pelung yg diberi faz dah gunakan sehabis baik semoga mama dan abam tenang disana.. al fatehah,” kongsinya.
Diva tersohor Indonesia, Krisdayanti, sekali lagi membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar ikon muzik, tetapi juga wanita berjiwa besar.Kini, pada usia 50 tahun, isteri kepada...