Drama rantaian Gerak Khas The Finale akhirnya telah melabuhkan tirai, malam tadi.

Pelakon utama, Erra Fazira ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menonton drama bersiri itu.

Pada masa sama, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek turut meluahkan rasa terharu kepada semua peminat yang telah memberikan sokongan kepada drama bersiri yang sudah mencipta fenomena dunia hiburan itu.

“Terima kasih kpd seluruh tenaga kerja.. Skop productions.. Dt Yusof Haslam dan rakan2 didalam GK yg bekerja keras utk menghasilkan karya yg telah mencipta sejarah dlm industri tanah air…

IKLAN

“terima kasih diatas seribu satu pengalaman dan kenangan.. Ada rezeki.. InsyaAllah kita jumpa lagi..

“Terima kasih kpd anda penonton GK.. setelah 21tahun kini GK melabuh tirai.. Tanpa kalian, GK tidak mungkin bersiaran selama ini..

IKLAN

“Malam ini.. episode terakhir.. GERAK KHAS FINALE. 10pm. Tv3,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

IKLAN

Selain Erra, drama ini dibintangi pelakon hebat Norman Hakim, Abby Abadi, Zul Ariffin dan ramai lagi.

“Tanpa Kalian, Gerak Khas Tidak Mungkin Bersiaran Selama Ini,” – Melabuhkan Tirai Selepas 21 Tahun, Erra Fazira Titip Ucapan “Tanpa Kalian, Gerak Khas Tidak Mungkin Bersiaran Selama Ini,” – Melabuhkan Tirai Selepas 21 Tahun, Erra Fazira Titip Ucapan

Foto: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI