Pelakon dan penyanyi, Janna Nick memohon maaf susulan dirinya yang menyanyi secara miming pada persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), Ahad malam.
Menurut Janna, situasi tersebut tidak disengajakan kerana tahap kesihatannya yang masih kurang baik selepas dijangkiti Influenza dua minggu lalu.
“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23.
“Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.
“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti Influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu,” jelas Janna.
View this post on Instagram
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Gatal itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Pun demikian, Janna tetap komited meneruskan urusan kerja meski telah dinasihatkan untuk berehat oleh doktor.
“Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2, kerja-kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati doktor untuk berehat.
“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih @warnermusicmy sebab sama-sama usaha kembalikan suara saya. Segala kesulitan amat saya kesali,” jelasnya lagi.
Terdahulu, persembahan Janna menerusi lagu Gatal itu menerima reaksi berbelah bahagi di kalangan netizen.
Ini kerana, ada yang tertanya dan kurang bersetuju apabila dengan nyanyian secara miming dibuat apatah lagi di dalam acara muzik berpestij seperti AIM.
Sementara itu menerusi ruangan komen pada entri terbabit, ada juga peminat dan rakan selebriti memberikan kata semangat seterusnya mendoakan semoga Janna segera sembuh seperti sediakala.
Malam tadi, Janna turut memenangi kategori Video Muzik Terbaik untuk single Gatal hasilan Chuan Looi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI