Penghibur, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun menyambut ulang tahu kelahirannya yang ke-40, Jumaat lalu.
Sambutan berlangsung dengan cukup meriah di PWTC, Kuala Lumpur dengan kehadiran ahli keluarga, rakan selebriti dan media.
Lalu, para selebriti jemputan juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama merakam foto bersama penyanyi Anta Permana itu, termasuk pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous yang telah menulis yang mencuri tumpuan.
Masakan tidak, rekaan dan fabrik persalinan yang digayakan mereka hampir sama.
“Tanpa sengaja, terpakai baju lebih kurang sama dengan birthday girl. Not my plan or design but specially designed by Syafieq Ayman.
“Apapun, kebetulan yang berlaku ini adalah satu hadiah buat saya untuk simpan gambar idola saya dalam personal album. Definately im gonna print this,” tulisnya.
Serentak dengan itu, ramai juga peminat yang memuji kecantikan dua bintang ini, sambil memberikan ucapan hari jadi buat Siti.
Foto: Instagram Fouziah Gous
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI