Terbaru, pelakon Datin Zizie Izette telah mengadakan sebuah majlis aqiqah buat anak ketiganya, Aalisa Belle Izette.
Dalam pada itu, pelakon yang berusia 40 tahun itu telah berkongsi beberapa keping gambar ketika majlis itu berlangsung.
Di samping itu, Zizie telah memberi kata ucapan buat sahabat baiknya yang merupakan seorang pelakon, Rabecca Nur Al-Islam.
“To my dearest friend with a kind soul, Datin @rebeccanuralislamahmad”
“Tanpa U, and of course tanpa izin Allah juga majlis ni x akan berlangsung dgn sempurna.
Thank U for organising everything for me yg according to U “too westernised” ni from scratch sehinggalah selesai majlis.”
“Bukan westernised tp kita ni mana ada pengalaman kalau nk compare dgn ibu cantik 6 org anak ni.”
“Anyway, I just want to tell U how proud I am to see the incredible, amazing & strong woman U have become.”
“Betul kata org, pengalaman mematangkan kita. U only exude love and light. Keep shining my friend. #aalisabelleaqiqah”tulisnya.
Lantas, kata-kata yang telah ditulis oleh Zizie telah mendapat pujian daripada peminat.
Semoga persahabatan Zizie dan Rabecca berkekalan hingga ke akhir hayat.
Jom kita lihat gambar sekitar majlis aqiqah tersebut. Meriah habis!
Foto : Instagram Zizie Izette