Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tidak mahu masuk campur dan tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan kesahihan rumah tangga adiknya yang didakwa sudah bercerai dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Menurut Ayda, dia meminta ruang bagi dirinya memandangkan apa yang berlaku adalah sesuatu yang privasi dan leboh baik agar tuan badan yang tampil sendiri menjawab.
“Jangan tanya hal berkenaan kepada saya. Rasanya lebih baik tanya kepada tuan badan. Jujurnya penat saya nak menjawab.
“Bila isu melibatkan mereka sahaja, sudah pasti saya yang ditanya dan dicari. Saya sebagai kakak mendoakan yang baik-baik untuk Fyna,” katanya.
Terdahulu, peminat digemparkan dengan berita yang mendakwa pasangan berkeanan sudah berpisah.
Perkara tersebut didedahkan anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial, mendedahkan bapanya sudah menceraikan Fyna.
Zahira mempertikaikan satu posting mengatakan Fyna Jebat serta isteri pertama Zainal Abidin, Zalina Zaini yang dikatakan sudah berdamai susulan kelihatan mereka duduk semeja.
Difahamkan pasangan ini sudah dua minggu bercerai.
Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Terdahulu, pasangan ini dikatakan berkahwin pada Januari lalu namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai hari bahagia mereka kepada umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Budak Ijat Selar Ada Penonton Tak Bijak Selepas Tular Foto Mira Filzah Nyanyi, Main Gitar Di Hospital
Menerima banyak kritikan netizen yang mempersenda babak Adellea Sofea yang menggunakan peralatan hospital dan terma medikal, pengarah Shahrulezad atau Budak Ijat ada menjelaskan, dia telah melakukan kajian mengenai hal itu.
Malah, dia turut mendapat nasihat daripada pakar perubatan sebelum melakukan penggambaran.
Pada masa sama, pengarah prolifik ini turut menyelar golongan penonton yang hanya tahu mengkritik dan tidak bijak dalam membuat penilaian.
“Morning guys. Pagi ni ramai betul yg DM abam dan tag pasal komen dari hamba Allah nama Shiela apa ntah ni.
“Abam baca dan senyum walau hati sebenarnya panas gak. Abam malas nak komen panjang lebar sebab tak nak org fikir abam cuba nak tegakkan benang yg basah,” tulisnya.
Shahrulezad pada masa sama turut berkongsi komen dari individu yang lebih pakar.
“Apa yg abam buat ialah abam sertakan sekali komen dari Dr Madu yg abam rasa dia menonton drama AdelleaSofea ni dengan penuh istiqamah. Hehehe.
“Anyway issue dia macam ni. Semasa shooting scene yg melibatkan Fir koma ni kita orang bukan buat suka suka hati jer kat set dengan equipment yg kita ada. Actually for that particular scene production have to spend almost thousands RM per day hanya untuk khidmat nasihat cara menggunakan alatan perubatan untuk kes koma.
“Apa yg korang tengok kat TV tu adalah abam ikut nasihat pakar tu bulat bulat yer. Bukan abam suka hati tok nenek nak pakai kan pada Fir. Semua tu under supervised from pakar yg terbabit.
“Masalahnya kat sini bila ada species penonton Melayu yg memang sengaja suka mencari kelemahan drama tempatan dan cuba menggembar gemburkannya demi mendapat perhatian.
“Cara tegurannya tu pulak sangat menyakitkan hati seolah olah kami di set ni bodoh bodoh belaka. Padahal dia sendiri yg tak follow cerita ni dari awal tapi terus jump to the conclusion hanya berdasarkan satu scene.
“Komen komen ‘kasar’ sebeginilah kadang2 buat penggiat drama kdg2 give up nak sentuh drama yg berkaitan dunia perubatan disebabkan perangai sesetengah netizen kiasu macam ni yg rasa kita orang pembikin drama ni bodoh bodoh belaka.
“Ya memang bidang perubatan ni bukan bidang kami sebab tu kami tak kisah spend extra budget untuk memastikan kami tak buat silap. But still ada jer yg tak kena.
“Untuk itu abam menyeru semua penggiat drama Malaysia tak payah lah kita dekati cerita yg ada kena mengena dengan hospital ni sbb kita berhati hati macam mana sekali pun dalam pembikinan tetap kita jugak yg kena lahar balik.
“Kalau aku tahu nak jadik macam ni baik aku hantar jer Fir yg koma tu bawak jumpa bomoh lagi bagus. Sebab bomoh bomoh tu tak melibatkan medical gadget segala bagai. Paling tidak pun modalnya cuma buah kelapa muda dengan ayam selasih jer. Save budget pun ya. Hehehe,” jelasnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on
Dalam pada itu, dia turut memuat naik paparan komen seorang netizen yang menyatakan suara ahli keluarga dapat mempercepatkan proses penyembuhan pesakit.
View this post on InstagramA post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on
Terdahulu, tular sekeping foto sebuah babak dalam drama berjudul Adellea Sofea menunjukkan Mira Filzah menyanyikan lagu sambil bermain gitar di hadapan Ungku Ismail yang sedang koma ketika itu.
Foto : Instagram Budak Ijat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuk Sahar Bahagiakan Isteri, Hadiahkan Iphone 12! – “Baru-Baru Ini, Wife Agak Merajuk Sebab Saya Tak Ada Masa Untuk Dia.”
Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar baru-baru ini ada memberikan kejutan berupa telefon bimbit terkini model iphone 12 khusus buat isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Ini kerana, menurut Shuk, isterinya itu sudah pun lama menyimpan hasrat untuk menggunakan telefon bimbit jenama berkenaan selain sebelum ini dia juga jarang dapat isi masa bersama atas komitmen kerja.
Shuk berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan video yang boleh ditonton dalam versi penuh menerusi saluran YouTube rasminya.
“Asalamualaikum guys… Baru2 ni wife saya agak merajuk dekat saya. Sebab saya takde masa untuk dia.
“Kadang2 balik rumah tu cuma berlaga bahu saje..tak sempat nak borak2..balik rumah kadang2 terus letak kan kepala dekat bantal.
“So dia agak monyok sikit sejak dua menjak ni. So saye sebagai suami yang baik dan gentlement! Saya beri dia kejutan yang tak di sangkah2 guys.
“Sebenarnya wife saya teringin sangat nak pakai iphone..jadi malam ni saya tunaikan impian dia untuk pakai iphone! So nak tengok full video boleh pergi ke shukchannel!
Korang mesti tak percaya berapa harga iphone tu..saya dapat murah gila!,” tulisnya panjang lebar menerusi kapsyen di Instagram.
Terdahulu, Shuk dan isterinya yang mesra disapa sebagai Sera, mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ambil Tarikh 11.11 Kerana Mudah Ingat,” – Isteri Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Ke Dua, Sepakat Pilih Nama El Isaac
Penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya, Datin Zai Izzati telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada tarikh yang begitu cantik iaitu 11.11.2020.
Menurut laporan Astro Awani, bayi lelaki tersebut telah selamat dilahirkan sekitar jam 8.00 malam di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.
Jelas Jamal, atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, dia dan isteri berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk sekali lagi dikurniakan cahaya mata.
“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
“Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Jamal turut mendedahkan dia dan isteri telah sepakat untuk menamakan anak mereka El Isaac Yamani.
Kongsi penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi, bayi yang dilahirkan sihat itu juga sudah mempunyai nama timangan iaitu Zack yang juga merupakan nama bagi karaktor ikonik Jamal dalam filem, Azura yang popular sekitar tahun 80-an.
Dalam pada itu, Jamal turut menambah, bayinya itu sepatutnya dijadualkan untuk lahir pada tanggal 17 November namun dia dan isteri sepakat melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (semalam) kerana tarikhnya sangat unik dan istimewa.
“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Jamal dan Zai Izzati telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung, Nur Azura Yamani yang juga dilahirkan pada tarikh yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal turut memiliki dua orang lagi cahaya mata iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
Sumber: Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI