Awal semalam, Amar Baharin ada memberikan dedikasi terhadap isteri tersayang, Amyra Rosli menerusi Instagram.

Ucapan tersebut diberikan Amar buat Amyra yang juga pasangannya menerusi drama Cemburu Seorang Perempuan yang sudah pun mempunyai kira-kira 5 juta pengikut di platform terbabit.

“Tapi Awak Sentiasa Follow Saya Solat Lengkapkan Jemaah,” – Win! Ucapan Amar Buat Amyra Cecah 5 Juta Followers Di IG

IKLAN

Secara seloroh, Amar menitipkan katanya di ruangan kapsyen iaitu;

“Daddy: Awak tahu tak apa beza awak dengan 5 Juta followers awak?
.
Mommy: Apa dia?
.
Daddy: 5 juta tu follow awak… tapi awak sentiasa follow saya solat lengkapkan jemaah saya #chiachiachia
.
Congrats Mommy 5M followers.

IKLAN

Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat reaksi pelbagai dari peminat dan kebanyakannya mengucapkan tahniah selain mendoakan kebahagiaan keduanya.

IKLAN

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Foto: Instagram Amar Baharin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI