Kecoh sejak awal malam tadi apabila dikhabarkan pelakon, Pekin Ibrahim sudah pun mendirikan rumah tangga senyap-senyap dengan pelakon cantik, Mona Allen.
Malah, beberapa keping foto perkahwinan mereka juga kini sudah pun tular menerusi media sosial.
Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan jawapan dari si empunya badan mengenai kesahihan berita berkenaan gagal apabila panggilan dari MH buat mereka tidak berjawab.
Bagaimanapun, beberapa jam lalu, rakan pelakon Amyza Aznan ada memuat naik foto di Instagram sambil mengucapkan tahniah di atas perkahwinan dua bintang berkenaan.
“Selamat pengantin baru buat anak cik gayah have have iaitu RICE PRESIDEN @mona.allen dan suami @pekin7words. SEMOGA BAHAGIA BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH. Amin,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen rata-rata peminat yang terkejut dengan berita berkenaan turut mengucapkan tahniah, andai apa ia sahih.
Foto: Instagram Amyza, HLive
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi isu kontroversi, pelakon Lana Nodin berkata ada ketikanya dia perlu tampil ke hadapan untuk ‘mengajar’ netizen yang sering kali mengecamnya tanpa sebab.
Terbaharu, timbul pula isu apabila dirinya dikecam tidak memakai sarung tangan ketika sedang mengguli tepung untuk roti.
Pelakon berusia 42 tahun itu kini giat mengusahakan Lana’s Bakery Land yang baru sahaja beroperasi baru-baru ini.
“Saya sebenarnya okay je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.
“Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.
“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik… Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.
“Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex (pewarna kuku).
“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan… Yang mana perlu saya tegur saya tegur, saya nak educate supaya mereka tahu,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Tokan itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Lana’s Bakery Land di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Lana pada masa sama bersyukur kerana perniagaannya itu kini mampu direalisasikan selepas dua tahun tertangguh.
“Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya. Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini.
“Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan. Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda, saya perlu usahakan dari A to Z,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rumah tangga pasangan selebriti Neelofa dan suami, pendakwah bebas, PU Riz diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang kini hampir memasuki usia satu tahun pada Januari ini.
Berkongsi cerita, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata dia pada awalnya berkenan dengan nama Sulaiman yang ingin diberikan kepada anak sulungnya itu.
“Kalau nak tahu, nama pertama yang saya cadangkan pada suami untuk Bilal sebenarnya adalah Sulaiman.
“Saya sangat suka nama Sulaiman. Malah, dah ada pun beberapa hadiah yang kakak saya beri ada tulis Baby S (Sulaiman).
“Akhirnya kita (Neelofa dan Haris) tukar nama kepada Bilal,” katanya menerusi program bual bicara Next To Neelofa 2 yang disiarkan baru-baru ini.
Neelofa berkongsi ‘fun fact’ tersebut dalam episod yang memaparkan tetamu undangan iaitu pelakon Indonesia, Okit Setiana Dewi.
Secara berseloroh, Neelofa berkata dia berkemungkinan akan ‘menyimpan’ nama Sulaiman untuk diberikan kepada anak keduanya kelak.
“Sulaiman mungkin insyaAllah nanti kalau ada rezeki lain,” katanya.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 27, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada penyanyi Singapura, Aisyah Aziz iaitu Hafiza, menzahirkan rasa syukur apabila sudah selamat menerima menantu baharu, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail ke...