“Tapi Di Hatiku, Isteriku Begitu Sempurna,”- Ini Ucap Aidil Aziz Buat Fasha Sandha, Sweet Sangat!

Share

Terdahulu, pelakon Fasha Sandha ada berkongsi dedikasi buat suaminya, Aidil Aziz menerusi akaun Instagram miliknya.

Dan kini, giliran Aidil pula memberi ucapan dedikasi yang manis buat Fasha.

“Tiada manusia yg sempurna,tp di hatiku, Isteriku begitu sempurna. I love u so much my lovely wife Thanks for everything”tulisnya.

Lantas, kata-kata yang ditulis oleh pelakon yang berusia 31 tahun itu telah mendapat perhatian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji pasangan ini yang dikatakan sangat romatis dan secocok.

Di samping itu, peminat turut mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Foto : Instagram Aidil Aziz

Published by
Nazar Rafiqhi