“Tapi Dia Pula Murah Hati Kongsi Dengan Orang Lain!”, – Fouziah Gous Puji Sikap Murni Zarina Anjoulie

Share

Pelakon dan hos, Fouziah Gous memuat naik sekeping foto rakan pelakon, Zarina Anjoulie di laman media sosial Instagram miliknya.

Bintang berusia 37 tahun ini dilihat ada berkongsi sikap murni rakan selebiritinya itu yang disifatkan sangat murah hati.

Terdahulu, Fouziah ada memberikan bingkisan produk buat Zarina dengan niat untuk diambil Zarina bagi memberikannya lebih tenaga, namun ia turut dikongsi kepada orang lain.

“I’m lost of words!! To be honest niat bagi @fgwalet pada @anjoulielavocah1 adalah untuk dia minum and charge her energy during charity work.

“Bukan untuk buat review or minta bagi pada orang lain! Tapi dia pula murah hati share dengan orang lain!

“MasyaAllah hanya Allah sahaja balas jasa u ni. Thanks @anjoulielavocah1 for ur time and effort I really appreciate, especially during MCO ni tolong ramai orang.

“Semoga Allah memberi rezeki yg tidak putus dan permudahkan segalanya. Amin ya rabbil alamin,” tulisnya.

Melihat ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen turut memuji dan meninggalkan reaksi.

Foto: Instagram Fouziah Gous

Published by
Nazar Rafiqhi