“Tapi Kadang-kadang I Menangis…,” – Ika Nabella Tak Nafi Cabaran Bergelar Ibu

Share

“Banyak korbankan kerjaya,minat, masa dan segalanya.”

Itu merupakan antara luahan pelakon Ika Nabella apabila bergelar ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Noah Zayn.

Menurutnya, bergelar ibu merupakan sesuatu yang mencabar kerana terpaksa korbankan banyak perkara.

“Perkara yang I belajar bergelar seorang ibu adalah PENGORBANAN (betoi kadak?)

“Korbankan my career, minat, time, almost everything. Everything that NO ONE willing to do. Not even a father sorry but yes. Hahahah maybe not all.

“Ini berdasarkan pengalaman saya kerana berkongsi hidup dengan iron man.

“Who work like a mad man. The man that have so many interests. 24 hours is never enough for him.

“The best son & bother in the whole wide world. The coolest friend. Who made me think that he put me & my son on the lowest rank in his life.

“I boleh katakan I berbangga menjadi seorang wanita berdikari. Tapi, kadang-kadang I menagis hahahaha I fikir mmg semua mak rasa mcm ni ke?

“Besides having NO TIME for themselves some of them need to fill in the role of being a father,” katanya memberi pendapat.

Ika pada masa sama turut memuji ‘supermom’ di luar sana.

“Some mothers kerja, balik kerja masih kerja lain pulak, still providing, sharing bills, very occupied while the husband still paying attention of their hobbies, main game, melepak ada je lah activity. It’s like WAJIB.

“Kalau tak buat tak tenang la hidup. Haaa mcm tu. Ada kan org mcm tu. Haaa Jgn tag laki korang! Hahahahaha forward je this to them. Lol!

“Therefore I’m sending all of you supermoms the biggest strongest hug,” tulisnya panjang lebar.

Malah, pelakon yang digilap bakatnya menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu bersyukur dianugerahkan sebuah keluarga bahagia.

“Always remember kita syurga anak-anak. Suami kita syurga kita. Senyum Ye laaaa diorang je ada hobbies kita takde.

“Diorang je ada kerjaya kite sipi2 je.. Ini yg mak2 kita buat. Berkorban,” kongsinya.

Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang kini berusia lapan bulan.

Foto : Instagram Ika Nabella

Published by
MH