“Tapi Kalau Kes Orang Ketiga Ni Payah Sikit Ye Dak,” – Intan Liana Belum Boleh Maafkan…

Share

Insta Stories yang dikongsikan bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid, Intan Liana Saleh memperlihatkan ibu tunggal ini memberi persepsinya mengenai hubungan baik personaliti media sosial, Farah Lee bersama bekas suaminya, Ally Iskandar.

Entri tersebut antara lain bagaimanapun menjelaskan, apa yang dikatakannya itu bukanlah untuk berbaik dengan Ude kerana tidak ingin dilabel sebagai wanita yang gila talak.

Cuma baginya, sekiranya hubungan suami isteri yang sudah berpisah tetap masih lagi baik, akan tiada negative vibe kepada anak-anak.

Bagaimanapun, Intan turut memaklumkan orang perempuan cepat memaafkan, berbeza dengan dirinya.

Pada masa sama, Intan turut mengaitkan mengenai isu orang ketiga.

Terdahulu, Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 kemudian bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.

Foto: Instagram Intan Liana Saleh

Published by
MH