Syarikat rakaman Suria Records (SRC) mendedahkan pihaknya masih memiliki kira-kira 11 lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang belum pernah dilancarkan.

Lagu-lagu tersebut telah dirakam ketika penyanyi tersohor itu masih bernaung di bawah label berkenaan, namun belum dikomersialkan sehingga kini.

Menurut Pengarah Urusan SRC, Edwin Tan, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menerbitkan baki lagu-lagu berkenaan suatu hari nanti.

“Koleksi lagu Siti yang ada dalam simpanan SRC ketika dia masih bernaung dengan kami dulu kira-kira 11 lagu yang belum dikeluarkan lagi, tetapi sudah siap dirakam.

“Masa itu pun, vokal Siti masih muda,” jelasnya, lapor Harian Metro.

“Tapi Mestilah Kami Perlu Minta Kebenaran Terlebih Dulu,” – SRC Rancang Keluarkan 11 Lagu Siti Nurhaliza Yang Belum Dikomersialkan “Tapi Mestilah Kami Perlu Minta Kebenaran Terlebih Dulu,” – SRC Rancang Keluarkan 11 Lagu Siti Nurhaliza Yang Belum Dikomersialkan

Ads

Perlu Persetujuan Siti

Edwin menambah, barisan lagu tersebut adalah lebihan daripada proses penerbitan album terdahulu, dan antaranya termasuk ciptaan komposer terkenal, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Bagaimanapun, segala keputusan untuk menerbitkan semula lagu-lagu berkenaan hanya akan dibuat dengan persetujuan Siti sendiri.

“Jadi, baki lagu yang ada ini sebenarnya lebihan yang disimpan ketika kami menerbitkan setiap album Siti

“Memang kami hasilkan lebih dari 10 lagu dan semestinya ada lagu yang belum pernah dikeluarkan lagi.

“Malah, ada antara lagu disimpan itu hasil ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Ads

“Tapi untuk terbitkan album, mestilah kami perlu minta kebenaran daripada Siti terlebih dulu sebelum buat apa-apa keputusan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Edwin amat menghormati Siti sebagai figura penting dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, dan tidak mahu bertindak tanpa perbincangan bersama.

“Memang SRC ada berniat untuk keluarkan kesemua baki lagu itu dalam album, tapi saya fikir perlu ada satu persetujuan bersama kerana ia tetap lagu nyanyian Siti.

“Jadi, kami tak boleh buat keputusan sewenang-wenangnya,” katanya

Ads

Lagu Lama Dalam Simpanan

Selain lagu milik Siti Nurhaliza, SRC turut mempunyai koleksi lagu-lagu lama lain yang belum diterbitkan daripada beberapa penyanyi popular yang pernah bernaung di bawah syarikat tersebut seperti Liza Hanim, Noraniza Idris, New Boyz, dan Sofaz.

Sebagai informasi, Siti mula menyertai SRC selepas menjuarai Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) pada tahun 1995.

Sepanjang kerjasama bersama label tersebut, penyanyi lagu Jerat Percintaan itu telah menghasilkan 11 album studio.

Album terakhirnya di bawah SRC ialah Prasasti Seni yang diterbitkan pada tahun 2004, sebelum kontraknya tamat sepenuhnya pada tahun 2006.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI