Penyanyi, Ezlynn menerima keputusan untuk bermadu selepas suaminya, Wan Mohd Hafizam berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Ezlynn turut mendedahakan statusnya juga kini berubah kepada isteri pertama apabila Wan Hafizam menceraikan dua isteri terdahulu.
“Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.
“Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.
“Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini,” katanya seperti yang dipetik.
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini berkahwin dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.
Ads
Katanya lagi, kebajikan suaminya juga akan terjaga sekiranya dia terpaksa keluar bekerja dalam jangka masa yang agak lama.
“Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.
“Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.
Ads
“Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik,” katanya.
Katanya lagi, perspektifnya mengenai poligami berubah selepas kerap mendengar ceramah agama.
“Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.
Ads
“Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.
“Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.
“Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai,” katanya lagi.
Sekadar infomasi, Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pasukan Thailand, nama penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi kini semakin mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.
Malah, ada juga di antara peminat yang merasa Syihan kini sudah layak menjadi pilihan utama untuk mengemudi benteng terakhir pasukan negara.
Perasaan bangga turut diluahkan oleh isterinya, Nabila Syakirin menerusi satu hantaran yanng dikongsikan di ruangan Instagram stories selepas tamat perlawan semalam.
Menurut Nabila, suaminya itu tidak pernah mengalah untuk membuktikan dirinya juga merupakan salah seorang penjaga gol handalan negara.
Katanya lagi, segala usaha keras dan pengorbanan yang dilakukan Syihan kini sudah membuahkan hasil.
“Kun faya kun. Benar janji Allah itu pasti. Seorang yang tak pernah mengalah dan berusaha untuk belajar jadi lebih baik setiap hari. You deserve it sayang,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia tidak mahu suaminya itu lena dibuai mimpi sebaliknya teruskan berusaha untuk mengekalkan pretasi cemerlang untuk jangka masa yang lama.
“Terima kasih ya Allah kau angkat doa kami sekeluarga. Penantian yang penuh ujian namun tapi pada masanya. Semoga pretasi daddy kekal dan terus belajar,” kongsinya lagi.
Semalam, Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Thailand di kejohanan Piala Raja Thai menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada waktu sebenar.
Penjaga gol kelahiran Kelantan yang kini bermain untuk pasukan Negeri Sembilan itu telah menyelamatkan sepakan penalti penentuan untuk menang 5-3 segali gus membawa Malaysia ke perlawanan akhir menentang Tajikistan, pada Ahad ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabila Syakirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular, Elly Mazlein tampil bersuara sejurus memilih untuk mengundirkan diri daripada mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di samping dua rakan hos, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Elly bertegas, keputusan tersebut adalah atas kerelaannya sendiri dan perkara itu dijelaskan penyanyi lagu Disapu Awan ini menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Menerusi hantaran sama, Elly yang mesra disapa Kak Lina turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan perkara tersebut hanyalah gimik promosi.
“Sayang. Ini semua bukan salah Astro. Ini semua bukan gimik, seperti Nabil Ahmad cakap. Inilah kenyataan di mana Kepom sudah pun tinggalkan GV buat selama-lamanya.
“Ya… Tiada lagi… Cukup. Ini semua keputusan dari Kepom sendiri. Teruskan menyokong kesayangan Kepom yang sedang bertanding dalam GV10 ni ya.
“Untuk bintang GV10, Kepom akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik ya,” tulisnya.
Menerusi perkongsian lain, Elly juga menafikan yang dirinya sedang hamil anak ketiga.
“Sayang… Kepom tak mengandung. Kepom dan suami baik sahaja, Kepom dan anak baik sahaja. Alhamdulillah,” tulisnya yang sempat menyatakan sokongannya kepada penyanyi yang bakal berduet di ASGV minggu hadapan bersama Ezad Lazim iaitu Mamat Exist.
“Mamat… Nanti Mamat buat yang terbaik ya. Ayin tengok mamat dari rumah. Ayin selamanya sokong Mamat walau apa pun. Ezad pun ya… Ayin sayang korang. Exist dihati Ayin,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Astro dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan mengenai keputusan Elly yang kini tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza disebabkan hal peribadi.
Dalam kenyataan sama, Kak Lina turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara prorgram realiti tahunan itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani mengakui untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal bukan satu perkara yang mudah.
Meski begitu, Kuza yang pernah bergelar ibu tunggal seawal usia 26 tahun ini tetap cekal untuk melalui ujian tersebut demi anak-anaknya.
Malah Kuza tetap bersyukur atas berkat doa serta usaha dia dapat membesarkan kesemua anaknya dengan baik.
“Alhamdulillah anak-anak dah besar. Ingat lagi saya masa nak besarkan anak-anak. Saya jadi ibu tunggal muda lagi masa tu umur 26 tahun anak-anak kecik lagi masa tu.
“Masa tu saya betul-betul struggle semua kena tanggung sendiri tanpa bantuan sesiapa. Susah jugak la nak besarkan anak yang masih nak mula sekolah. Bayangkan nak bayar duit sekolah, duit sewa umah belanja tiap-tiap bulan memang perit la.
“Saya tanggung anak-anak saya dari kecil sampai la besar dari hasil saya shtg.
“Alhamdulillah berkat doa kita dan niat kita nak besarkan anak. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan masuk kolej. Itu bab skolah belum lagi belanja keperluan dan macam-macam lagi la.
“Bak kata duit yang kita cari tu semua untuk anak-anak.Kita tak dapat apa pun tak pe,” tulisnya.
Dia pada masa sama, turut bersyukur kerana permata hatinya sudah besar dan mampu berdikari.,
“Sekarang ni Alhamdulillah anak-anak saya dah besar semua Alhamdulillah dah ada kerja masing-masing. Betul la kata perpatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
“Apa yang kita semai dari bijih kita akan dapat hasil nya dengan berkat sabar. Jangan plak bila dah nampak hasil tiba-tiba ada pulak yang nak minta hasil tanpa ada usaha sebelum ni.
“Habis yang kita bersusah payah pada mula-mula ni ingat duit aku petik dari pokok. Alhamdulillah semoga menjadi anak-anak yang soleh dan taat pada ibu bapa,” tulisnya panjang lebar.
Imbas kembali, Kuza pernah mendirikan rumah tangga bersama Ramyus Sidique pada tahun 2007 bagaimanapun telah berpisah pada tahun 2019.
Dalam pada itu, Kuza turut memiliki tiga orang bernama Nizam Firdaus, 26, Puteri Nazihah, 25, dan Puteri Nadia, 15 hasil perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram Kuza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...