Terdahulu, penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau sinonim dipanggil Mawi kini merupakan salah seorang penyampai radio di stesen radio Zayan.

Cumanya, menerusi entri terbaru di akaun Instagram milik Mawi, dia ada berkongsi kritikan dan sindiran daripada pensyarah, Saadan Man.

Dr Saadan Man dilihat ada memberikan reaksi perihal penyampaian Mawi bagi segmen Mawi Jawi.

Ini kerana Dr Saadan ‘kreativiti’ yang dipersembahkan untuk segmen Mawi Jawi tidak berapa tepat dan tidak mengikuti standard Bahasa Jawi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Bagaimanapun, pandangan yang dikongsinya mendapat reaksi baik Mawi.

IKLAN

“Terima kasih atas kritikan & teguran Dr Saadan Man.Terima kasih juga sebab sudi dengar radio ZAYAN khususnya segmen #MAWIJAWI.

“Alhamdulillah..Sejak adanya radio ZAYAN semakin ramai yang suka berbincang pasal tulisan jawi. Tapi sembang kat FB ni tak syok la..Kita tak tahu pucuk pangkalnya.

“Jom la kita lepak makan cendol ke?Lepak memancing ke? Kena roti banjir pun baik juga,” tulisnya.

IKLAN

Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Aduh Saliha itu telah menjadi perhatian peminat.

IKLAN

Di samping itu, netizen memberikan kata-kata semangat dan memuji sikap Mawi yang mahu memartabatkan Bahasa Jawi.

“Tapi Sembang Kat FB Ni Tak Syok La,”- Ini Balas Mawi Bila Dikritik Fasal Segmen Mawi Jawi

Komen membina dan pendapat yang positif tidak salah kita ambil untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada kita semua.

Foto : Instagram Mawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI