“Tapi SOP Tetap Kena Jaga Okey,”- Makan Di Restoran Kini Dibenarkan Kembali, Risteena Berasa Sangat Teruja!

Share

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemilik gerai atau restoran dibenarkan menerima pelanggan  untuk makan dalam premis dengan jumlah maksimum dua orang pada setiap meja mulai hari ini.

Lalu, orang ramai berasa gembira dan menarik nafas lega dengan pengumuman itu terutamanya kepada golongan peniaga restoran.

Pelakon jelita Nur Risteena Munim misalnya turut berasa teruja dan gembira dengan pengumuman tersebut.

Pada masa yang sama, pelakon berusia 31 tahun itu menasihati agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Yeay! Esok dah boleh makan dekat restaurants. Macam2 dah craving ni. Korang nak pergi makan apa dlu esok? Heheh!

Tapi SOP tetap kena jaga okey guys!,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang filem Girlfriend Kontrak ini ingin memberi bantuan kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan tanpa modal bersamanya.

“Sebelum tu jom join Ris buat bisnes TANPA MODAL. Ris tengah kumpul team untuk berjaya sama-sama.

“Korang nak tak buat bisnes, tapi tak perlu keluar modal? Jangan lupa follow @irisbeauty_hq,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Risteena

Published by
Nazar Rafiqhi