Kini sedang hamil enam bulan, pelakon Wawa Zainal berkongsi keadaannya yang sedang sarat ketika ini.
Kata Wawa, bayi di dalam kandungan sangat aktif dan menyebabkannya sering kepenatan.
Ibu kepada dua anak ini turut mengatakan berat badannya semakin bertambah, malah, wajahnya turut berubah kesan daripada hormon ibu hamil.
“Alhamdulillah wawa da 6 bulan.. sekarang ni baby aktif Sgt2 lebih2 lagi klu time rehat/baring waktu malam. Mcm menari kat dlm tu.
“Dah 6 bulan lebih ni da stat cpt penat. Da stat tembam sikit.. sukanyaaa.. hihi tapi tak suka hidung kembang sekali. Korang pulak mcm mana??? Hehehe,”
tulisnya.Netizen teruja dengan perkembangan aktres ini dan turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Foto : Instagram Wawa Zainal