Antara cinta atau ibu bapa, dilema yang sering melanda golongan muda.

Usahawan kosmetik yang turut dikenali di kalangan selebriti, Anas Zahrin menerusi Instagram mengemukakan persoalan sama.

Pernah tak kita terfikir perasaan ibu bapa yang hantar kita belajar ke menara gading sana.

Yang bersusah mencari duit agar anak anak dapat belajar dengan sempurna akhirnya beberapa bulan lepas tamat belajar terus mendirikan rumah tangga dan sebagainya.

“Kalau lepas mendirikan rumah tapi tetap ingin membalas jasa masih tak mengapa tapi yang kawin terus senyap sepi. Apa pula cerita? Hurmm,” soalnya.

Ads

Malah, pengusaha kosmetik ini menegaskan pertanyaan bagaimana seharusnya jasa ibu bapa dibalas jika fokus sudah beralih kepada pasangan selepas berkahwin.

Sudah cukuplah membalas jasa mereka? Harapan mereka supaya dapat bantu mereka?

“Kalau nak di kira taburan bintang di angkasa. Jika nak di hitung luasnya alam semesta.

Ads

“Takkan dapat dibanding dengan pengorbanan dan kasih sayang ibu dan ayah membesarkan kita.

“Persoalan ni selalu bermain di fikiran semua. Awak rasa bagaimana?

Ads

“Ada satu ayat makcik makcik onion “alah buat apa belajar tinggi tinggi, lepas tu kawin terus tak jadi apa” – boleh awak semua bincangkan tak? #BujangManisManis,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

Pernah tak kita terfikir perasaan ibu bapa yang hantar kita belajar ke menara gading sana. Yang bersusah mencari duit agar anak anak dapat belajar dengan sempurna akhirnya beberapa bulan lepas tamat belajar terus mendirikan rumah tangga dan sebagainya. Kalau lepas mendirikan rumah tapi tetap ingin membalas jasa masih tak mengapa tapi yang kawin terus senyap sepi. Apa pula cerita? Hurmm . Sudah cukuplah membalas jasa mereka? Harapan mereka supaya dapat bantu mereka? . Kalau nak di kira taburan bintang di angkasa Jika nak di hitung luasnya alam semesta . Takkan dapat dibanding dengan pengorbanan dan kasih sayang ibu dan ayah membesarkan kita . Persoalan ni selalu bermain di fikiran semua. Awak rasa bagaimana? . Ada satu ayat makcik makcik onion “alah buat apa belajar tinggi tinggi, lepas tu kawin terus tak jadi apa” – boleh awak semua bincangkan tak? #BujangManisManis

A post shared by ANAS® Zahrin (@anaszahrin) on

Satu persoalan yang menarik untuk dirungkaikan, namun ketahuilah, cinta itu buta, buta kepada segala-galanya.

Foto : Instagram Anas Zahrin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI