Pelakon kecil molek, Ummi Nazeera kini dalam proses mahu memiliki berat badan ideal dan sihat.
Ummi ketika ditemui di ibu kota baru-baru ini berkata, dia mahu mencapai target berat badan yang seimbang selepas melahirkan cahaya mata sulung, Ayra Aneesah pada 22 Ogos tahun lalu.
“Sekarang ini berat saya 52kg dan saya target untuk turun 3kg iaitu saya mahukan berat 49kg dan sesuai dengan ketinggian saya,” kata Ummi kepada MH.
Ummi yang membintangi filem Gol & Gincu Vol 2 telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 mengakui bahawa berat badannya naik mendadak ketika mengandung anak pertama.
“Masa mengandung berat saya 67kg dan kena makan banyak untuk bagi tenaga dan masa itu saya menyusukan Ayra (anak), ” jelas Ummi atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin.
Tambah Ummi, dia kini aktif menjalani aktiviti secara sihat bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan seimbang.
“Selepas enam bulan lahirkan Ayra, baru saya plan untuk turun berat badan. Saya start untuk kurang makan nasi dan buat senaman sekurang-kurangnya 5x seminggu dan buat larian 3km dalam sehari,” kongsi Ummi.
Dalam perkembangan lain, Ummi akan bergandingan dengan kumpulan Sepahtu dalam program Sepahtu Reunion Live, Jumaat ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penat Simpan Rahsia,”- Shima Anuar Umum Bakal Lahir Anak Lelaki Ogos Depan!
Menanti detik kelahiran cahaya mata kedua pada Ogos depan, pelakon Shima Anuar akhirnya mendedahkan jantina kandungannya.
Berita gembira itu dikongsikan bintang filem Highland Tower itu di Instagramnya sebentar tadi.
“IT’S A BOY! Alhamdulillah. Actually me and my husband dah tau since 4 months pregnant lagi. Kitorg dapat tau from my blood test result. Penat simpan rahsia. Bila org tanya, i akan jawab tunggu dulu, tunggu dulu, nanti kite bgtau. Hahah. Terima kasih ya semua yg datang.
“Korang buat gender reveal ni macam tgk game bola pulak! Hahah! Ok now dah boleh start buat checklist nak beli barang for this boy. I ada about 4weeks je lagi. 2weeks nak settlekan everything. 2weeks lagi nak rest cukup2. Wish me luck! #itsaboy #babygenderreveal,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on
Terdahulu, Shima turut mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Damansara Perdana, Petaling Jaya petang semalam.
Sekali gus, Shima telah mengumumkan jantina kandungannya itu.
Untuk rekod, Shima dan Mohd Solih Taha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia yang kini berusia dua tahun.
Foto : Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Mahu Orang Fikir Saya ‘Stereotype’ Atau Asyik Bawa Karektor Orang Kaya Saja,” – Ellani Tunjuk Sisi Berbeza Ruhainies
Pelakon Ruhainies berharap agar wataknya sebagai Ellani menerusi drama rantaian, Cukup Derita Itu (CDI) mampu meninggalkan impak baik terhadap kerjaya lakonannya selepas ini.
Menerima reaksi positif penonton menerusi drama yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 itu, Ruhaninies, 29, sebolehnya tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang kerap menerima watak hampir sama semata-mata.
“Alhamdulillah, banyak yang berikan reaksi yang baik-baik. Harap penampilan saya dalam drama CDI mampu tonjolkan skil lakonan saya sebaiknya.
“Sebab sebelum ini, mungkin ada yang kerap tonton saya pegang watak orang kaya, hidup di kota dan seumpamanya.
“Jadi kali ini, saya cuba alih pada sisi berbeza, dengan menerima tawaran gadis yang dilayan bak ‘Cinderella’ iaitu Ellani.
“Kalau boleh, saya tak mahu orang hanya fikir saya ni artis ‘stereotype’ atau asyik bawa karektor orang kaya saja. Malah saya juga gelapkan rambut biar sesuai dengan watak yang dibawa,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas juga mahu cabar diri dan berkeyakinan hasil tunjuk ajar semua pihak terlibat.
“Naskhahnya agak berat. Saya pernah bawa watak yang seolah sama sebelum ini, cuma ia bukanlah dalam sebuah drama yang banyak episod.
“Jadi sudah tentu ada ketika ia memenatkan kerana saya perlu bermain dengan emosi di dalam kebanyakan babak.
“Saya fikir, inilah masanya untuk buktikan sesuatu. Pada masa sama, nak cabar diri. Hampir empat bulan juga kami ‘shooting’ dan ia banyak berikan pengalaman berharga.
“Syukur dan bertuah bila pengarahnya, Along Kamaludin bersama pelakon lain turut sama saling membantu demi menghidupkan watak masing-masing.
“Saya sedia maklum, ramai yang menantikan bagaimanakah hasil CDI bila naskhah novel diadaptasi ke televisyen. Harapnya penonton tak kecewa dan puas hati, insya-Allah,” katanya lagi.
CDI karya Siti Rosmizah yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias dan Chacha Maembong itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ini Ramai Juga ‘Unfollow’, Menjauhkan Diri…,” – Naufal Azrin Syukur, Nuha Bahrin Terkejut Casablanca ‘Mendonia’ Tular Sampai Indonesia
Tidak dinafikan, single Casablanca yang dinyanyikan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang dilancarkan pada 4 Jun lalu terus menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tanah air hingga mencetuskan sensasi di media sosial.
Di aplikasi TikTok dan Instagram misalnya, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media, ciptaan lirik oleh Daqmie dan Abdul Karim Al Ali, produser Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie ini menjadi fenomena apabila ia kerap dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video yang dihasilkan pengguna laman sosial.
Malah, muzik video rasmi Casablanca yang dimuat naik di saluran YouTube Masyhur sudah mencecah lebih 5 juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 2.5 juta di Spotify.
Begitu juga di aplikasi TikTok, lagu ini mencecah tontonan #casablancachallenge mencecah 15 juta tontonan setakat ini.
Pada masa sama, Casablanca mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global, Spotify Viral 50 Indonesia dan juga menduduki tempat ketiga belas di Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik Spotify.
Selain itu, ia berada di kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits sementara menerusi aplikasi Apple Music Top 100, Casablanca menduduki tempat kedua.
Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia, Encik Hermond Cheng dan Pengarah Urusan BeeGood Music Encik Amir berkata, mereka berbangga dengan pencapaian yang diraih sekaligus menjadikan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media sebagai syarikat rakaman pertama yang berada di tangga teratas carta ‘Spotify Viral’ di Indonesia.
“Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar, peminat dan pengguna laman sosial sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau di mana juga berada kerana mendengar dan menstrim lagu ini hingga tular dan mencetuskan fenomena yag luar biasa,” katanya.
Malah, resipi itu dilihat sangat sesuai buat mereka yang ada ‘crush’ atau yang sedang dalam percintaan. Disebabkan itu, Casablanca yang menampilkan Wan Saleh, Amir Hufaz, Khairul, dan Daqmie selaku penerbit dan pengubah lagu itu berjaya diterima baik dan dekat di hati peminat.
Bagi Nuha, dia tidak menjangka lagu Casablanca mendapat tempat yang hebat dalam kalangan peminat di Indonesia.
“Perasaan saya sangat terkejut sebab tak jangka lagu itu sudah sampai ke tahap ini, dan dalam masa sama saya teruja dengan projek yang akan datang. Pendek kata, terkejut, teruja dan sangat gembira.
“Apa yang kami dapat sekarang dan sokongan yang diperoleh bukan saja dari peminat tanah air tapi juga daripada Indonesia dan Brunei yang kami tidak menjangkakan sama sekali Nuha amat bersyukur dengan sokongan berterusan daripada peminat.
Sementara itu, Naufal bersyukur dengan sambutan diberikan selain tidak pernah menjangka lagu tersebut boleh mencetuskan fenomena luar biasa. Sejujurnya, saya sangat gembira dan teruja.
“Kami sudah buat yang terbaik, dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah tuhan beri kami rezeki yang tidak dijangka. Terima kasih Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Ditanya mengenai respons peminat terhadap kerjayanya, menurut Naufal dia sudah mula diikuti peminat baharu.
“Sebelum ini ramai juga yang ‘unfollow’ ataupun menjauhkan diri daripada saya. Tapi Alhamdulillah, selepas keluar lagu Casablanca, ‘follower’ yang baru hadir.
“Insya-Allah, saya akan menjaga semua yang ada dengan saya dari dulu hingga kini. Tidak lupa juga kepada semua yang baru mengenali saya. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI