Seperti minggu-minggu sebelumnya, stesen televisyen, TV3 akan memuat naik poster yang memaparkan senarai lagu yang bakal dipersembahkan oleh peserta-peserta program realiti, Famili Duo di laman Instagram.
Bertemakan ‘Lagenda & Idola’, para peserta dilihat akan membawakan lagu-lagu hits daripada penyanyi-penyanyi terkenal tempatan dan antarabangsa.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, poster tersebut dilihat sedikit pelik apabila duo yang terdiri daripada gandingan selebriti Naim Danial dan Sissy Iman tidak diletakkan di dalam senarai.
Situasi ini nyata menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen tentang status duo tersebut di program berkenaan.
“Sissy Iman dan Naim Danial tak ada?
“Sissy tarik diri ke?
“Mana Naim Daniel dan Sissy Iman? Apa dah jadi ni?
“Tarik diri ke tiada dalam gambar,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, sehingga kini, pihak produksi Famili Duo dan peserta Naim serta Sissy dilihat masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung spekulasi tersebut.
Namun, ada juga daripada kalangan netizen yang berharap agar Sissy dan Naim akan tetap muncul dan membuat persembahan pada minggu ketujuh ini.
Terdahulu, Sissy dan Naim menerima kritikan pedas Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong.
Rentetan kritikan itu, Sissy dilihat menangis di atas pentas.
Malah, menurut laporan Harian Metro, bapa Sissy, Mohammad Kamil Mustaffa memaklumkan anaknya itu hanya berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.
Sehingga kini, isu mengenai krititan pedas itu masih lagi menjadi antara topik hangat yang diperkatakan netizen sehingga turut mendapat respon daripada penggiat-penggiat seni yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram TV3 & Naim Daniel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI