Memuat naik sebuah peristiwa yang diceritakan kepadanya, Abby Abadi meluahkan rasa tidak puas hati kepada individu yang bergelar ustazah apabila bertindak kasar terhadap anak muridnya.
“Semalam punya cerita. Hari ni baru sempat nak cerita.
“Ambil @marissadaniaaaaa_ balik cuti, tp sblm tu jumpa dulu Ustazah yg jaga di asramanya. Alhamdullillah yg baik2 saja tentang si cantik lawa manis Mama ni. Hafazannya baik, akademiknya baik.
“Perangaipun baik hehe.. semoga kekal kebaikkan tu sampai besar ye adik ye
“Ada satu cerita menarik, lepas balik dari ambil Dania. (terpaksa rombak sikit jln cerita bg menutup aib?).
“Kami tak balik terus, sementara suami gi solat jumaat, kami singgah makan. Jumpalah seorang hamba ALLAH ini. Dan berceritalah dia. Katanya anak saudara dia duduk asrama juga (tahfiz).
“Baru2 ni anak saudara dia dijeritkan sewaktu mandi oleh ustazah warden, bergegar pintu bilik air di ketuk ustazah warden tu sbb katanya ustazah tu tak puas hati kenapa anak saudaranya tak solat jemaah. Walhal anak saudaranya dah bgtau, dia istihadah.
“Kalau duduk asrama, siapa istihadah buleh solat sendiri (tau tak istihadah ni apa? Period lebih 15hari). Ustazah warden tu sungguh2 tak percaya + x puas hati agaknya sampai tarik rambut anak saudara dia, tarik telinga sampai berdarah. Menangis teresak2 budak tu & dipujuk oleh kawan2nya yg ketakutan tengok ustazah warden yg mcm naik antu tu.”
Kecewa dengan sikap pendidik yang tidak mahu mendengar penjelasan terlebih dahulu, ujar Abby, mengapa perlu menggunakan kekerasan.
“Isunya disini, budak tu dah bgtau dia istihadah, kenapa perlu buat anak org sampai macam tu? Tarik rambut? Tarik telinga sampai berdarah?
“Awak ustazah kot! Budak tu dlm proses belajar nk jadi ORANG, kenapa ustazah warden tu mcm kaklong kawasan perangainya? Kan bayar mahal yuran sekolah tu? Kenapa berani sgt sampai mcm tu?
“Kalaulah budak tu ada penyakit, tiba2 ustazah tu kasar2 dgn dia, mati budak tu mcmana? Tak pasal2 je kena tangkap nanti. Beringat sikit.”
Selepas diminta penjelasan oleh kedua ibu bapa pelajar tersebut, guru wanita itu mendakwa dia difitnah.
“Dipendekkan cerita, sy dimaklumkan mlm tadi mak pak budak tu dah cal sendiri ustazah tu & tanya kenapa dan kenapa.. buleh ustazah tu jawab.. dia difitnah…
“Aduhai Ustazah warden, ramai budak2 lain kat situ. Masa awk gegar pintu bilik air tu pun dlm bilik air tupun bkn budak tu sorg. Fitnah apanya? Buat berani, ngaku jelah. Bgtahu je Sy gangster kg pisangkan senang?
“So kawan2 yg ada disini, nk tanya pendapat.. perlu didiamkan saja hal ni ( konon utk tutup aib ustazah warden tu) atau panjangkan pd pengurusan?”
Rata-rata netizen menasihati agar memanjangkan insiden kepada pihak pengurusan supaya hal ini dapat diselesaikan dengan adil.
Foto – Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI