Tarikh Baru Susulan Pengesahan Lafaz Cerai Hafidz Roshdi-Shuhada?

Share

Pelakon Hafidz Roshdi, 29, bakal membuat permohonan pengesahan lafaz cerai selepas didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Menurut sumber, Hafidz memohon mahkamah untuk meneliti setiap dakwaan berlakunya lafaz cerai dari segi rukun dan syarat.

“Hafidz memberitahu mahkamah lafaz cerai terhadap isterinya dibuat tanpa niat.

“Jadi dia memohon mahkamah untuk meneliti lafaz cerai sama ada lafaz itu sah atau boleh menggugurkannya,” katanya.

Dalam pada itu, satu tarikh baharu bakal ditetapkan mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai membabitkan pasangan itu, menurut sumber terbabit.

Terdahulu, media melaporkan Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan seorang wanita lain.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada menerusi Instagram, mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon terbabit.

Namun memilih untuk untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH