Ron Ely, bintang asal siri Tarzan era 60-an telah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Santa Barbara, California.
Pelakon tersebut menghembus nafasnya yang terakhir pada 29 September yang lalu menurut perkongsian oleh salah seorang anak perempuannya, Kirsten, dalam satu hantaran di Instagram
.Walau bagaimanapun dalam hantaran tersebut tidak dinyatakan sebab kematian mendiang.
Menerusi hantaran itu lagi, Kirsten berkongsi gambar bersama bapanya ketika hari perkahwinan dan kisah perilaku Ron yang menyentuh hati.
“Ayah saya adalah seseorang yang orang panggil hero. Dia merupakan seorang pelakon, penulis, jurulatih, mentor, mengutamakan keluarga dan pemimpin. Dia mencipta gelombang pengaruh positif yang kuat ke mana sahaja dia pergi.
“Impak yang diberikan kepada orang lain adalah sesuatu yang saya tidak pernah saksikan pada mana-mana orang lain. Ada sesuatu yang benar-benar ajaib tentang dia. Beginilah dunia mengenalinya,” kongsinya
Walaupun hanya mencipta nama pada 1966 menerusi lakonannya sebagai Tarzan. Ron terlebih dahulu berkecimpung sebagai pelakon pembantu.
Biarpun sekadar pembantu, namun lakonannya yang berkesan dalam rancangan popular seperti Father Knows Best, How to Marry a Millionaire dan The Many Loves of Dobie Gillis mendapat perhatian.
Ron kali terakhir muncul di kaca televisyen pada tahun 2014 menerusi sebuah drama telemovie yang bertajuk Expecting Amish.