Pelakon senior, Kuza ada merungkai mengenai sirah para Nabi sehingga membuka ruang keinsafan dalam diri.
Dia yang memulakan dengan perkenalan kisah Nabi Muda dan Nabi Khidir sehinggalah kepada taubat akhir Firaun, pelakon ini cuba berkongsi ilmu di laman Instagram miliknya.
Malah, tahukah kita bahawa matahari pernah berhenti? Jom ikuti kisah menarik ini.
“Korg tau x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?
Nama dia Yusha’ dia juga adalah anak murid Nabi Musa.
“Korg tau x matahari pernah berhenti?
Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha’ as
Ketika menjelang mghrib.
“Korg tau x sape Qorun?
“Korg tau x apa yg mmbuat Qorun berpaling?
Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.
“Korg tau x Qorun?
Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.
Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.
“Korg tau x sape Firaun?
Firaun ni bapak angkat Nabi Musa
Suami wanita teragung dunia Asiah.
“Korg tau x asal nama Nabi Musa?
Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa)
Ketika di hnyut kan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dlam istana firaun.
“Korg tau x Nabi Musa duk langit ke berapa?
Nabi Musa as dduk di langit yg ke 6
“Korg tau x Firaun?
Firaun pernah membina menara yang amat tinggi.
Semata2 utk tgk tuhan Nabi Musa.
Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.
“Korg tau x Firaun ni?
Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap.
Senang cite yg melemahkan ni smua dia xpenah rse.
“Korg tau x firaun pernah bertaubat?
Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima.
Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.
“Korg tau x piramid di mesir?
Piramid tu kubur org2 kanan firaun.
Tu kubur. Agak2 rumah besar mne?
Allah tngal kan sikit2 utk kita amik pngajaran.
“Korg tau kan firaun pernah mengaku dia tuhan.
Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan
Lari lah iblis dari berdamping dgn firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.
“Korg tau x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?
Surah al-a’rf ayat 12
Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mgkin dia nk mgku dia tuhan.
“Korg tau x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?
Al hijr ayat 36
Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dlu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu
Iblis yakin dunia akan kiamat. Sbb tu dia mtk tmpoh smpi situ je. (hari kiamat)
“Korg tau x lps iblis mtk tmpoh tu apa Allah buat?
Allah swt terus memperkenankan doa,” tulisnya panjang lebar.
Satu perkongsian dan rangkuman sejarah Nabi Musa yang cukup menarik untuk direnungi. Semoga bermanfaat buat kita semua.
Foto – Instagram Kuza