
Penyampai radio, Feeya Iskandar ada berkongsi cerita mengenai perkembangan kehamilannya di laman media sosial Instagram.
Menurut Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan ini, usia kandungannya kini sudah pun tujuh bulan.
Malah seperti biasa, dia masih beri komitmen sebagai penyampai radio.
“Morning! Kerja lagi, 7 bulan already. Tau tau esk beranak! Laa… hihi makeup by @ayuwahyu79,” tulisnya ringkas.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Feeya bakal selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu.
Untuk rekod, Feeya telah mendirikan rumah tangga bersama Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Dapat Nak Gambarkan Bila Di Pagi Raya Pakaikan Baju Hamzah, Terasa Pilu,” – Simpan Kenangan Sampai Syurga, Hidayah Rindu Dengan Arwah Abam

Tidak dinafikan, setiap orang pasti akan berasa sedih bagi yang pernah kehilangan insan tersayang dan itulah yang dirasai oleh isteri kepada pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali.
Menerusi entri terkini Hidayah di Instagram, dia ada meluahkan rasa hiba dan sayu ketiadaan arwah Abam di pagi Syawal.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Tahun lepas beraya dengan arwah, Hamzah masih dalam kandungan saya. Tapi tahun ni sekelip mata arwah pergi tinggalkan kami.
“Terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan bila di pagi raya pakaikan Hamzah baju raya, terasa pilu sekali.
“Abang, sayang rindu sangat dengan abang. Sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah. Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami dan Hanya Sekeping Gambar Nikah Yang Menjadi Pengubat Rindu Sayang Dan Hamzah.
“Hanya Allah yang tau perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang disana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..Kenangan sampai ke syurga.
“Al-fatihah (di baca) suamiku Syed Umar Mokhtar #kitabaikramaisayang
#abamdalamkenangan
#syeduthmanhamzahaljuffrey
#syedumarmokhtar
#jangansebokhalorang
#allahada
#doayangbaikbaik,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia sepuluh bulan.
Foto: Instagram Hidayah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Saya Nak Kurus, Tak Adalah Saya Nak Kata Tak Okay Kalau Tubuh Besar. Cuma…,”- Syamel

Dilihat mempunyai fizikal yang lebih susut berbanding pada awal kemunculannya sebagai penyanyi beberapa tahun dulu, Syamel mengakui rasa lebih terinspirasi apabila melihat ramai anak muda yang mengamalkan gaya hidup sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Katanya kepada MH, meski ada rasa untuk tampil seperti tubuh fit dan sasa, penyanyi Tak Kan Terlerai ini bagaimana pun lebih selesa tampil lebih kurus berbanding badan yang mempunyai otot seperti ahli bina badan.
View this post on InstagramMasih lagi posing seorang diri di hari yang mulia ini ❤️😬 #seruharilebaran
A post shared by #takkanterlerai (@syamel_official) on
“Suka tengok anak muda badan semuanya cantik. Inspirasi juga bila tengok tambahan pula saya pun dalam proses untuk kuruskan badan. Tapi tak adalah sampai mahu sado. Memadai kalau berat badan turun berbanding sebelum ini.
“Bila saya nak kurus tu, tak adalah saya nak kata tak okay kalau tubuh besar. Cuma saya pernah ‘berada’ di situ. Jadi apa salahnya kalau saya ambil inesiatif dengan turunkan seterusnya jaga berat badan,” jelasnya.
Ditanya berapakah berat badannya ketika ini, Syamel memberitahu berat badannya sekarang adalah sekitar 80 kilogram (kg).
“Sekarang berat dalam 80kg. Dulu dalam 99kg macam tu. Kalau boleh nak turunkan lagi 10kg.
“Akan tetapi, saya tidaklah terlalu push sangat. Buat pun mana yang termampu,” terang Syamel yang banyak mengisi masa dengan bersukan, terutamanya Futsal.
“Saya tidak kisah kalau tak dapat makan nasi. Pada masa sama, saya juga akan main fustal sekurang-kurangnya dalam tiga kali dalam seminggu,” kongsi Syamil optimis.
Foto: Instagram Syamel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SEMUA CAWANGAN ZAKAT SELANGOR DIBUKA 7 HARI SEMINGGU SEPANJANG BULAN DISEMBER

Semua 27 cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan Disember ini.
Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Waktu operasi turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember.
Inisiatif itu diambil bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.
Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Cawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Lebih menarik semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go. Peluang ini hanya dibuka di bulan Disember ini sahaja.
Kalau nak tunai zakat melalui online pun boleh. Layari je laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ ya.
Ambillah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.
#zakat
#rukunislam
#kewajipan
#zakatselangor
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2018/12/47808665_572354576539571_8437315334318325760_n.mp4?_=1Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI