Kini meniti kebahagiaan sebagai isteri sekali lagi, pelakon Zarina Anjoulie dilihat ada berkongsi foto kemesraan bersama suaminya, Eilyas Azhar di laman media sosial Instagram.

Menerusi salah satu foto terkini yang dikongsikan, Zarina kelihatan gembira dan bahagia selepas mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada Julai lalu.

View this post on Instagram

❤️

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Lantas, perkongsian bintang drama Anak Pontianak itu telah menjadi perhatian sesetengah netizen.

Ads

Rata-rata mereka secara seloroh berpendapat perkongsian Zarina seolah-olah tidak menghormati individu yang masih bujang atau belum mendirikan rumah tangga.

“Kesian kami yg single ni… Hahahaha,” tulis netizen menerusi ruangan komen.

Ads

Tayang Kemesraan Bersama Suami, Netizen Kata Zarina Anjoulie Tak Hormat Yang Belum Berkahwin?

Sekadar informasi, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 17 Julai lalu.

Ads

Sebelum ini, Zarina pernah berkahwin jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan dikuniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Bagaimanapun, rumah tangga tersebut berakhir pada Disember 2016.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI