Baru-baru ini, pelakon Shaheizy Sam ada berkongsi foto terkininya di Instagram yang secara tak langsung mendapat perhatian ramai.
Semuanya gara-gara fizikalnya yang kian berisi, hingga ada yang perasan dengan perutnya yang kian boroi!
Lalu, nerizen memberikan pelbagai reaksi terhadap posting berkenaan, memandangkan keadaan fizikal yang cukup ketara menerusi aksi lakonannya, Polis Evo 2 tak lama dulu.
Malah katanya menerusi ruangan kapsyen pada entri tersebut, dia sudah bosan gemuk!
Bagaimanapun, perkongsian dari si suami nampak mendapat perhatian isteri apabila Tilla dilihat turut memberikan komen ringkas.
Terdahulu, Sam mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Syatilla Melvin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Foto: Instagram Shaheizy Sam, Syatilla Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mata Kemerahan Selepas Positif Covid-19, Vida Bimbang & Luluh Hati, ‘Uptate’ Keadaan Cik B
Usahawan tersohor, Datuk Seri Vida menzahirkan rasa kebimbangan terhadap tahap kesihatan anak perempuannya, Cik B yang kini dilaporkan telah dijangkiti wabak Covid-19.
Menurut Vida, dia tidak pasti sama ada anaknya itu harus meneruskan sahaja tempoh kuarantin di rumah atau sebaiknya dipindahkan ke pusat kuarantin untuk rawatan atau penjagaan yang lebih rapi.
Dikesempatan itu juga, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah memberikan panduan dan tunjuk ajar untuk menjaga anaknya itu.
“Cik B kuarantin di rumah. Okay ke? Atau baik duduk pusat kuarantin. Saya keliru juga.
“Apapun, terima kasih diatas doa dan tunjuk ajar untuk penjagaan Cik B yang dijangkiti Covid-19,” tulisnya.
Rasa khuatir itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu I Am Me itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Vida turut memaklumkan Cik B telah pun menunjukkan beberapa simptoms demam seperti mata kemerahan serta hilang deria bau dan rasa.
Pada masa sama, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga anaknya itu dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Awalnya saya panik luluh hati bila dapat tahu Cik B positif. Mujurlah Allah bagi kemudahan dan ramai yang mendoakan.
“Mata Cik B merah. Deria bau dan rasa takde,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Vida dan Cik B.
“Semoga cepat sembuh Cik B. Mama dan Kacak perlu ada dengan Cik B selalu.
“Cik B kena kuat, makan ubat dan vitamin C. Banyakkan minum air. Rehat dan doa banyak-banyak semoga cepat sembuh Cik B.
“Moga cepat sembuh. Cik B kuat. Anak yang baik. Allah selalu lindungi Cik B,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Baru-baru ini, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan mengenai perkhabaran mengejutkan mengenai tahap kesihatannya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya.
Apapun, MH doakan semoga Cik B lekas sembuh dan kembali sihat seperti biasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Masih Single Dan ‘Available’,” – Hafidz Roshdi Belum Kahwin Baru
Pelakon Hafidz Roshdi, 29, menolak khabar angin yang mendakwa dia sudah berkahwin lain seperti yang didakwa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
Hafidz berkata, dakwaan surat terbuka yang dimuat naik Nurul Shuhada di laman sosial pada 11 Mac lalu itu tidak benar dan dia tidak pernah berkahwin kali lain.
“Saya masih ‘single dan available’. Insya-Allah jika saya bercerai ini, saya single. Saya tidak berkahwin lagi. Dakwaan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah belaka,” katanya.
Hafidz berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, selepas prosiding bagi pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadapnya isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, pagi tadi.
Terdahulu, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata pihak plaintif menyatakan tuntutan baharu bahawa adanya lafaz cerai baharu yang berlaku pada 22 Januari lalu, justeru mereka perlu menunggu keputusan mahkamah untuk keputusan kedua-dua lafaz cerai.
“Kita tunggu mahkamah putuskan mengenai kedua-dua lafaz itu,” katanya yang turut ditemui bersama Hafidz selepas berakhirnya prosiding berkenaan.
Terdahulu menerusi kenyataan balas terhadap surat terbuka yang dimuat naik Hafidz di Instagram (IG), Nurul Shuhada, mendakwa Hafidz berkahwin tanpa izinnya.
“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya,” katanya.
Nurul Shuhada berkata, luahan yang dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz itu dibuat bagi melindungi diri dan dua anak mereka.
Sebelum ini, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu. Sebelum itu, adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz, 29, sah bercerai dengan talak satu dengan kakaknya itu, 29, pada 22 Februari lalu.
Sofia mendakwa Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.
Pada 13 Mac lalu pula, Mahkamah Kuala Kubu Bharu memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim, Siti Fatimah Talib, yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi, pada 2 Mac lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda, bagi sabitan mengikut Seksyen 323.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkata ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, bernama Athira Yuhada.
Athira Yuhada juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon itu, namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka, selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tetap Solat Supaya Tak Tinggal,” – Tak Pasti Surau Mall Ditutup Atau Tidak, Nubhan Cari Alternatif Dirikan Solat Dalam ‘Fitting Room’
Berikutan situasi semasa yang mana bilangan individu terjangkiti pandemik COVID-19 masih tinggi di negara ini, ruangan sempit dan padat dengan orang ramai seperti surau di dalam pusat beli belah misalnya mungkin ditutup sementara bagi mengekang jangkitan virus tersebut bertambah.
Bagaimanapun, hal tersebut membuatkan penyanyi Nubhan Ahamad mencari alternatif sendiri untuk menunaikan tiang agama.
Malah, perkara tersebut turut dikongsikan penyanyi yang kini muncul dengan single terbaru, Sekali Lagi bersama Siti Nordiana dalam bentuk video di Instagram.
Bintang berusia 34 tahun itu mendedahkan cara mudah dengan menggunakan ruang ‘fitting room’ di sebuah premis pakaian untuk menunaikan solat.
“Sekarang ni kalau pergi mall, surau semua tutup. Jadi apa yang kita kena buat adalah, menggunakan segala kemahiran kepala otak yang ada ni untuk tetap solat supaya tidak tinggal,” katanya di dalam video berdurasi kurang 2 minit itu.
Nubhan bagaimanapun, tidak pula mendedahkan lokasi pusat beli-belah yang dikunjunginya.
Di dalam video berkenaan juga, Nubhan dilihat mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum membawa sehelai baju kemeja ke bilik persalinan sebuah butik pakaian sebelum menunaikan solat.
”Adoila… tapi surau mall ni sya x tau tutup ke tak. Sebab jauh dan malas nak tawaf, so nilah cara paling senang,” tulis Nubhan pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, video yang sudah pun ditonton hampir 75,000 kali itu mendapat reaksi positif daripada rata-rata pengikutnya di laman sosial berkenaan.
Turut kelihatan di dalam video tersebut ialah isterinya, Afifah Tawfek.
Foto: Instagram Nubhan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI