Tayangan drama bersiri terbaharu Cina Buta yang diarahkan Shahrulezad Mohammedin terpaksa ditangguhkan buat kali kedua.

Sepatutnya drama itu memulakan tayangannya pada malam ini (Rabu) menerusi saluran Astro Ria.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Shahrulezad atau Budak Ijat mengatakan dia mengetahui punca kenapa drama itu terpaksa ditangguhkan tayangannya, sebaliknya digantikan dengan drama Dia Yang Ku Jadikan Suami.

Dalam entri itu juga, Ijat berkata perkara itu bukanlah menjadi keutamaan buat masa sekarang, sebaliknya dia lebih risaukan keadaan pelakon utama Cina Buta, Nad Zainal yang kini masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

“Assalamualaikum semua. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, we have to push tayangan untuk drama Cina Buta untuk kedua kalinya.

Ads

“Tarikh baru akan diberitahu kelak. Maaf atas segala kesulitan dan kami berterima kasih atas kerjasama semua. Harap terus bersabar ya.

“Jangan tanya abam sebabnya apa ya. Abang lagi risaukan keadaan Nanad (Nad Zainal) sekarang. Mohon doa daripada semua orang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ads

Terdahulu, pelakon Ungku Ismail Aziz memaklumkan aktres itu dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

“Saya pohon doa-doa semua kepada Nad Zainal yang dimasukkan ke hospital hari ini (Selasa) disebabkan jangkitan kuman paru-paru.

Ads

Tayangan Drama Cina Buta Ditangguh, Budak Ijat; “Jangan Tanya Apa Sebabnya, Abang Lagi Risaukan Keadaan Nad Sekarang.”

“Dia dalam keadaan tidak sihat tetapi menurut doktor stabil,” tulisnya menerusi Insta Story pada Selasa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI