“Tak ada nak buat gimik, saya seorang yang realistik. Kalau nak buat bisnes, buat dengan betul dan buktikan you boleh berjaya tanpa menggunakan gimik yang pelik.”
Demikian kata jutawan minyak pati aromaterapi, Norhidawati Abdul Aziz, selepas ditanya mengenai pendiriannya mengenai hasilan konten atau gimik yang dilakukan sesetengah usahawan demi memastikan produk jualan menjadi buah mulut ramai.
Bagi Norhidawati atau lebih mesra disapa Teacher Watie, dia percaya bahawa sekiranya produk yang dijual mampu memberikan kesan baik kepada pengguna, ia sekaligus boleh memberi hasil pulangan setimpal dengan apa yang dijual.
“Sebab produk itu bagus, anda boleh menjual produk itu tanpa perlu memalukan diri atau menjatuhkan maruah sendiri. Saya nak jual produk, bukan nak ‘jual’ diri sendiri.
“Saya datang untuk berniaga bersama dengan produk dan ada ilmu. Sebab itulah anda tak nampaklah benda pelik-pelik yang saya buat. Di TikTok pun saya tidak terlalu aktif.
“Untuk saya, memang tekankan kepada aspek pendidikan, sebab saya percaya produk itu memang bagus dan tak perlu gebang lebih pun pasal produk itu. Hanya titiskan ia pada pengguna dan insyaAllah anak nampak hasilnnya.
“Jadi, kerja saya jadi lebih mudah. Lebih mudah sebabnya saya belajar mengenai produk, modaliti, gabungkan bersama dan menjadi professional healer untuk mendidik orang ramai yang perlukan bantuan saya.
“Itu lebih profesional dan orang akan lebih nampaklah. Saya suka cara begitu dan suka untuk untuk bantu orang ramai dengan ilmu dan produk yang saya ada. Pada saya cara itu lebih berkesan dan sustainable,” katanya.
Terdahulu, Norhidawati pernah melakar sejarah apabila menjadi wanita Islam pertama dunia dinobatkan sebagai Royal Crown Diamond Young Living.
Malah, usahawanita yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan minyak pati aromaterapi itu juga sentiasa optimis untuk terus membantu golongan yang memerlukan terutamanya wanita.
Norhidawati juga mahu mendidik masyarakat untuk memahami dan menggunakan minyak pati aromaterapi dengan cara yang betul.
“Alhamdulillah, pengiktirafan yang diberikan itu sedikit sebanyak membuka mata dunia bahawa wanita Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan individu hebat lain.
“Niat saya untuk terus membimbing usahawan di Malaysia terutamanya golongan wanita agar terus bangkit dan memajukan diri. Tidak kira dari apa juga latar belakang.
“Selepas pandemik Covid-19, diakui ramai yang bergelut dengan isu kesihatan mental dan emosi.
“Jadi, kumpulan sokongan menerusi OilyLicious Healthcare Sdn. Bhd. inilah yang banyak menyokong satu sama lain dan membantu masyarakat untuk menggunakan manfaat minyak pati aromaterapi dengan betul agar mencapai tahap kesihatan terbaik,” katanya.
Sehubungan itu, syarikat milik Norhidawati mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dengan menjalankan beberapa ‘roadshow’ di seluruh negara bagi memberi sokongan kepada usahawan-usahawan tersebut.
Program sokongan yang dilakukan ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi membantu lebih ramai lagi usahawan di seluruh Malaysia.
Norhidawati juga ada cara tersendiri untuk menghargai usahawan menerusi majlis apresiasi yang menghimpunkan lebih 100 usahawan hebat seluruh Malaysia.
“Hampir 90% usahawan di bawah bimbingan kami adalah wanita yang tekad mahu meningkatkan taraf ekonomi dan juga menjalani gaya hidup sihat melalui terapi minyak pati aromaterapi.
“Sebagai pemimpin dan individu yang telah mencipta nama dan kejayaan dalam bidang ini, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka seikhlas hati bagi memastikan impian mereka tercapai.
“Saya akui mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh mengikuti setiap kelas serta program yang saya sediakan. Justeru majlis penghargaan ini saya khaskan bagi meraikan mereka,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini