Uncategorized

Team BeLofa Atau BeFaz? Peminat Bergaduh Sebab…

Share

Aduhai, tak habis-habis lagi ke ‘perang siber’ sesama peminat disebabkan artis kesayangan mereka ni?

Kalau sebelum ini MH ada dengar peminat Neelofa dan Fazura ada bercakaran di laman media sosial kerana dua selebriti tersebut, kini nampaknya keadaan sekarang dah makin ‘panas’.

Baru-baru ini, Fazura ada melancarkan produk bulu mata yang dikenali sebagai #Befaz. Bunyi macam ‘familiar’ kan? Rata-rata netizen menuduh Fazura sengaja menggunakan nama produk sama seperti produk tudung Neelofa, #Belofa

Keadaan bertambah hangat apabila netizen-netizen yang memihak pada Neelofa meninggalkan komen kecaman di laman komen Instagram Fazura.

Namun begitu, peminat Fazura segera mempertahankan selebriti kesayangan mereka, mendakwa bahawa #Befaz tersebut sudah digunakan sejak tahun lalu sebelum Neelofa memperkenalkan #Belofa lagi.

Pulak dah! Pada MH tak kisah lah sapa keluar dulu kan tapi MH lihat baik Fazura atau pun Neelofa macam okay sahaja, tak ada nak bergaduh pun?

Sebelum ini, Fazura ada memberitahu media bahawa dia melihat persamaan nama produknya dengan produk lain bukanlah satu isu yang besar memandangkan pihaknya sudah mengusahakan produk tersebut sejak 2017.

“Kalau ada orang lain yang nak gunakan jenama itu pun, it’s okay…kerana saya sedar yang saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain,” katanya.

Sumber: IG Fazura

Published by
Khaleeda Rashikin